Pengajian Bersiri Manasik Haji dan Umrah dengan menekankan method pengajian secara Talaqqi Berkitab untuk memelihara keaslian ilmu manasik Haji dan Umrah

Tuesday 13 December 2016

Nama-nama Madinah yang banyak

Nama-nama Madinah yang banyak



peta semenajung Tanah Arab



Banyaknya nama bagi sesuatu perkara menunjukkan kebesaran dan ketinggian kedudukannya. Daripada kelebihan-kelebihan Madinah, adalah diantaranya ia memiliki nama yang banyak.


Namanya Madinah
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w telah bersabda
أمرت بقريةٍ تَأكل القرى ، يقولون يثْرِبُ ، وَهيَ المَدِينَةُ ، تَنْفِى الناَسَ، كَماَ َينْفِي الكِيرُ خَبَثَ الحَديْد
Ertinya: Aku telah diperintahkan ( untuk berhijrah ) ke satu kampung (yang menjadi markas tentera Islam darinya dibuka kampung-kampung yang lain), mereka mengatakan: Yathrib, ia adalah Madinah yang menyucikan manusia sebagaimana api mengeluarkan karat dari besi.

Firman Allah SWT
لئن رجعنا إلى المدينة
“Sekiranya kami kembali ke Madinah..”
Surah al Munafiqun: 8

Nama Madinah ini telah disebut sebanyak 4 kali dalam Quran




Namanya Thoibah dan Thobah

Daripada Humaid As-Sa’di r.a kata: Kami telah keluar bersama Rasulullah s.a.w didalam perang Tabuk, kemudian diriwayatkan hadith, di mana pada akhirnya Rasulullah s.a.w telah bersabda:

  هَذِهِ طَابَةُ وَهَذَا أُحُدٌ ، وَهُوَ جَبَلٌ يُحِبُّنَا وَنُحِبُّهُ
“Ini adalah Thobah, ini adalah Uhud ianya satu gunung yang mencintai kami dan kami mencintainya”.


Di dalam riwayat At Tabrani di dalam Al Kabir, Al Mu’jam Al Kabir dengan sanad Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الله عَزوجلَّ أَمَرنِى أَنْ أُسَمِّى المَدِينةَ طَيْبَةً

“Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan agar menamakan Madinah sebagai Thoibah”.




Larangan menamakan Yathrib terhadap Madinah

Oleh yang demikian tidak boleh memanggil Madinah dengan nama Yathrib. Justeru, barangsiapa  yang memanggil Yathrib telah melakukan dosa dan wajib baginya beristghfar.

Di dalm hadith Al-Barra bin ‘Azib r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ سَمَّى المدينةَ يثربَ فَلْيَسْتَغْفِرِ الله عزوَجَلَّ، هيَ طَابةٌ،هىَ طَابَةٌ

"Sesiapa menamakan Madinah sebagai Yathrib, hendaklah dia memohon ampun kepada Allah Azza wa Jalla, ia (Madinah) adalah Thobah, ia adalah Thobah"




Nama-nama lain Madinah

Ad-Dar
Al-Iman
Al Bahrah
Ad-Dir Asl Hasinah
Darul Nakhl
Darul Salamah
Al Balad
Dar al Sunnah
Hasanah
AlQaryah
Al Qasimah
Al Mahfuzah
al Mahabbah
Jabirah
Al Haram
al Buhairah
al Habibah
al Miskinah
Marhumah
al Dir’u
al Bahrah
Madkhala Sidqin
Mujbarah
Yandad
al Mahbubah
Qubbah al Islam
Darul Iman dan sebagainya


KINI Madinah lebih dikenali dengan nama al Madinah al Munawwarah yang bermaksud kota yang bercahaya atau al- Madinah al Nabawiyyah yang bermaksud bandar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam


----------------------------------------------------------------------------------------------
Pengajian Talaqqi Kitab الإيضاح في المناسك Haj Wa Umrah telah bermula di EMRAZ Training Centre, Ayer@8, Presint 8, Putrajaya sehingga khatam kitab.





KHAS untuk bakal jemaah Haji dan Umrah 2017 dan para mutawwif dan mutawwifah yang ingin mendalami ilmu manasik haji dan umrah.


Pengajian yang akan dipelajari merangkumi :

1. Adab permusafiran dan permasalahan
2. Isu serta Fatwa semasa berkaitan Haji & Umrah
3. Kemahiran berbahasa Arab
4. Kelebihan dan sirah Makkah dan Madinah
5. Tugas dan ciri seorang Mutawwif/Mutawwifah
6. Kelangsungan Kerjaya dalam industri Umrah & Haji

Kitab Al Taudhih adalah kitab Utama di Daurah Manasik. Kitab Al Taudih ini sebenarnya hasil karya Imam Al Nawawi Rahimahullah yang bertajuk كتاب الإيضاح في مناسك الحج والعمرة 
(Al Idhah fi Manasik al Hajj wa al Umrah). Kemudiannya diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkfli Mohammmad al Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para Ulama. Kitab Al Taudhih ini amat sesuai para Jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Ianya memberi gambaran jelas telah ilmu manasik Haji dan Umrah. 

Pengajian talqqi ini akan disampaikan oleh tengaja pengajar yang sudah dikenali ramai iaitu al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin yang merupakan mantan Penerbit Rancangan Radio IKIM, adalah kumpulan pertama yang menjadi penggerak IKIMfm.
Beliau bergerak melalui pusat motivasi yang diasaskan sendiri, selain merupakan Pengkursus Haji bertauliah dari TABUNG HAJI juga merupakan Personaliti TV.
al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin giat menyampaikan ceramah dan forum di seluruh negara. Seorang penulis dan kolumnis. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar. 

Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.



Pendaftaran masih lagi DIBUKA untuk kelas minggu ini sehingga khatam kitab.
Jom daftar beramai-ramai.


Hubungi

EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D, 
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya

 03-88613361 (Office)

  016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp) 
  016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

Email: daurahmanasik@gmail.com
Facebook/ Instagram/Twitter: DAURAH MANASIK






No comments:

Post a Comment

Memaknai Ibadah

Memaknai Ibadah