Pengajian Bersiri Manasik Haji dan Umrah dengan menekankan method pengajian secara Talaqqi Berkitab untuk memelihara keaslian ilmu manasik Haji dan Umrah

Wednesday, 19 October 2016

Sejarah Azan - Madinah menyelusuri sirah

Sejarah Azan

Rasulullah ﷺ berada di Madinah, Para sahabat dikalangan Muhajirin dan Ansar bersatu. Umat Islam semakin kuat, solat telah didirikan secara terbuka.

Perbincangan mereka mengenai kepentingan pengumuman masuk waktu solat bersama Rasulullah ﷺ.

Ada yang mencadangkan supaya ditiup serunai seperti tanduk, namun Baginda ﷺ tidak menyukainya kerana orang Yahudi menggunakan ia. Kemudian datang cadangan berupa loceng, Baginda tidak menyukainya kerana itu cara Nasrani.

Ketika perbincangan sedang berlangsung, Abdullah bin Zaid bin Tsa’labah bin Abdu Rabbihi melihat dalam mimpinya seruan Azan.

Lalu beliau datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata “ Ya Rasulullulah! Tadi aku bermimpi, seorang lelaki memakai dua lapis pakaian berwarna hijau dan membawa sebuah loceng lalu di depanku. Aku berkata padanya” Wahai hamba Allah, mahu jual loceng itu?
Dia bertanya, “ Apa yang kamu mahu buat dari loceng ini?.
Aku menjawab,” untuk menyeru orang ramai kepada solat”.
Dia berkata,” Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik dari itu.
Aku berkata, “Apakah itu?.
Dia berkata, “ katakanlah..
Allahu akbar Allahu akbar (lafaz Azan hingga akhir)

Apabila Rasululullah ﷺ mendengarnya, Baginda bersabda, “Sesungguhnya itu ialah mimpi yang benar, inshaAllah! Pergi dapatkan Bilal bin Rabah dan ajarkan kalimah tersebut. Biar dia menyeru orang ramai dengannya, kerana suaranya lebih kuat dan nyaring daripada suaramu”.

ilustrasi
ehsan google

Apabila Umar bin al-Khattab r.a mendengar seruan azan yang dilaungkan Bilal bin Rabah ini, beliau berlari keluar dari rumahnya sambil menyeret kaki jubahnya dan berkata” Wahai Rasulullah! Demi DIA yang membangkitkan mu dengan kebenaran, aku juga telah bermimpi apa yang dimimpinya itu.


Rasululluh ﷺ bersabda “Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah!
*sunan Abu Daud no. 499. Lihat al Bidayah wa al-Nihayah (4/573-574)


.........................................................


Daurah Manasik adalah pengajian persedian lengkap dan panduan untuk Mutawwif dan bakal Mutawwif serta Jemaah Haji dan Umrah. Method pengajian yang diketengahkan oleh Daurah Manasik adalah pengajian bertalaqqi mengenai persedian dan paduan sebelum berangkat ke tanah suci.


Selok belok pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
Bagi mendapatkan ilmu persediaan Manasik Haji dan Umrah yang cukup, masanya kini telah tiba! Anda yang berminat untuk menjadi pegawai pengiring jemaah ke Tanah Suci (mutawwif), jangan lepaskan peluang ini.
Daurah Manasik ini boleh di hadiri oleh semua umat Islam yang berhajat untuk memahami serta membimbing diri sendiri dalam kefahaman mengenai ibadah Haji dan Umrah.

Terbuka buat semua Lelaki dan Wanita. Bimbing diri sendiri. Laksanakan Ibadat dengan kefahaman yang jelas.
Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.



Pengajian yang akan dipelajari merangkumi :
1. Adab permusafiran dan permasalahan
2. Isu serta Fatwa semasa berkaitan Haji & Umrah
3. Kemahiran berbahasa Arab
4. Kelebihan dan sirah Makkah dan Madinah
5. Tugas dan ciri seorang Mutawwif/Mutawwifah
6. Kelangsungan Kerjaya dalam industri Umrah & Haji

Kitab Al Taudhih adalah kitab Utama di Daurah Manasik. Kitab Al Taudih ini sebenarnya hasil karya Imam Al Nawawi Rahimahullah yang bertajuk كتاب الإيضاح في مناسك الحج والعمرة 
(Al Idhah fi Manasik al Hajj wa al Umrah). Kemudiannya diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkfli Mohammmad al Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para Ulama. Kitab Al Taudhih ini amat sesuai para Jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Ianya memberi gambaran jelas telah ilmu manasik Haji dan Umrah.

Pengajian talqqi ini akan disampaikan oleh tengaja pengajar yang sudah dikenali ramai iaitu al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin yang merupakan mantan Penerbit Rancangan Radio IKIM, adalah kumpulan pertama yang menjadi penggerak IKIMfm.
Beliau bergerak melalui pusat motivasi yang diasaskan sendiri, selain merupakan Pengkursus Haji bertauliah dari TABUNG HAJI juga merupakan Personaliti TV.
al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin giat menyampaikan ceramah dan forum di seluruh negara. Seorang penulis dan kolumnis. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar.

Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.

Peluang kerjaya dalam industri Haji Umrah amat terbuka luas.
Keistimewaan menyertai Kursus mutawwif ini berpeluang

√ Umrah PERCUMA sebagai Mutawwif/Mutawwifah terlatih

√ Menjana potensi pendapatan sambilan

√ Taraf pendidikan tidak terhad

√ Pengalaman mengerjakan Umrah Haji adalah kelebihan

√ Berminat dan bersungguh untuk meyeru dan membimbing jemaah

Hubungi
EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D, 
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya

☎ 03-88613361 (Office)

  016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp) 
  016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

Email: daurahmanasik@gmail.com
Facebook/ Instagram/Twitter: DAURAH MANASIK









Tuesday, 18 October 2016

KELEBIHAN DAURAH MANASIK

KELEBIHAN DAURAH MANASIK

       
   Seperti yang diketahui, Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram pada bulan-bulan Haji bermula 1 syawal sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Manakala Umrah pula boleh dilakukan bila-bila masa sahaja.


Wajib menunaikan haji sekali seumur hidup, demikian juga bagi umrah. Sunat dikerjakan berulangkali. Setiap ibadah yang dilaksanakan hendaklah berteraskan ilmu, ini kerana perbuatan ibadah tanpa ilmu adalah sia-sia bahkan mengundang dosa jika melakukan laranganNya.


Daurah Manasik adalah pengajian persedian lengkap dan panduan untuk Mutawwif dan bakal Mutawwif serta Jemaah Haji dan Umrah. Method pengajian yang diketengahkan oleh Daurah Manasik adalah pengajian bertalaqqi mengenai persedian dan paduan sebelum berangkat ke tanah suci.


Selok belok pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
Bagi mendapatkan ilmu persediaan Manasik Haji dan Umrah yang cukup, masanya kini telah tiba! Anda yang berminat untuk menjadi pegawai pengiring jemaah ke Tanah Suci (mutawwif), jangan lepaskan peluang ini.
Daurah Manasik ini boleh di hadiri oleh semua umat Islam yang berhajat untuk memahami serta membimbing diri sendiri dalam kefahaman mengenai ibadah Haji dan Umrah.

Terbuka buat semua Lelaki dan Wanita. Bimbing diri sendiri. Laksanakan Ibadat dengan kefahaman yang jelas.
Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.



Pengajian yang akan dipelajari merangkumi :
1. Adab permusafiran dan permasalahan
2. Isu serta Fatwa semasa berkaitan Haji & Umrah
3. Kemahiran berbahasa Arab
4. Kelebihan dan sirah Makkah dan Madinah
5. Tugas dan ciri seorang Mutawwif/Mutawwifah
6. Kelangsungan Kerjaya dalam industri Umrah & Haji

Kitab Al Taudhih adalah kitab Utama di Daurah Manasik. Kitab Al Taudih ini sebenarnya hasil karya Imam Al Nawawi Rahimahullah yang bertajuk كتاب الإيضاح في مناسك الحج والعمرة 
(Al Idhah fi Manasik al Hajj wa al Umrah). Kemudiannya diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkfli Mohammmad al Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para Ulama. Kitab Al Taudhih ini amat sesuai para Jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Ianya memberi gambaran jelas telah ilmu manasik Haji dan Umrah.

Pengajian talqqi ini akan disampaikan oleh tengaja pengajar yang sudah dikenali ramai iaitu al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin yang merupakan mantan Penerbit Rancangan Radio IKIM, adalah kumpulan pertama yang menjadi penggerak IKIMfm.
Beliau bergerak melalui pusat motivasi yang diasaskan sendiri, selain merupakan Pengkursus Haji bertauliah dari TABUNG HAJI juga merupakan Personaliti TV.
al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin giat menyampaikan ceramah dan forum di seluruh negara. Seorang penulis dan kolumnis. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar.

Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.

Peluang kerjaya dalam industri Haji Umrah amat terbuka luas.
Keistimewaan menyertai Kursus mutawwif ini berpeluang

√ Umrah PERCUMA sebagai Mutawwif/Mutawwifah terlatih

√ Menjana potensi pendapatan sambilan

√ Taraf pendidikan tidak terhad

√ Pengalaman mengerjakan Umrah Haji adalah kelebihan

√ Berminat dan bersungguh untuk meyeru dan membimbing jemaah



Hubungi
EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D, 
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya

☎ 03-88613361 (Office)

  016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp) 
  016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

Email: daurahmanasik@gmail.com
Facebook/ Instagram/Twitter: DAURAH MANASIK


Monday, 17 October 2016

UMRAH dengan pengajian bertalaqqi 2017

klik gambar untuk paparan lebih jelas

✔ Anda INGIN MENGETAHUI segala amalan bermula dari keluar rumah untuk melaksanakan ibadah haji/umrah sehinggalah kembali ke Malaysia?

✔ Anda ingin MEMAHAMI DENGAN BAIK mengenai ibadah haji/umrah seperti mana yang wajib, sunnah, makruh dan haram semasa melaksanakan ibadah haji/umrah?

✔ Anda ingin MENGETAHUI KEADAAN SEBENAR Makkah dan Madinah sehingga dapat membuat persiapan secukupnya apabila berangkat ke kota suci kelak?

✔ Anda ingin BERTUTUR UNTUK PERBUALAN RINGAN dalam Bahasa Arab Fushah(Bahasa Arab Baku) dan Ammi(Bahasa Arab Pasar)? Sudah tentu anda mahu praktik di sana nanti.

✔ Anda ingin MENGETAHUI PENYELESAIAN* sekiranya berlaku darurat di kota suci Makkah dan Madinah rusuhan, kebakaran, bencana dan sebagainya?

✔ Anda ingin MENGETAHUI WAKTU YANG SESUAI untuk ke Masjidilharam, Masjid Nabawi dan sebagainya semasa melaksanakan ibadah haji/umrah?

✔ Anda ingin MEMAHAMI PERJALANAN IBADAH haji/umrah sepanjang berada di kota suci Makkah dan Madinah?

✔ Anda ingin MENGENALI TEMPAT-TEMPAT MUSTAJAB SERTA FADHILAT ketika melaksanakan ibadah haji/umrah?

✔ Anda perlukan KELAS DAN PEMBELAJARAN dalam suasana yang MODEN?

✔ Anda PERLUKAN PENGAJAR YANG PAKAR DAN BERKREDIBILITI tinggi?
Jika ya, maka PENGAJIAN ini adalah untuk ANDA!



📚 DAURAH MANASIK📚
(PENGAJIAN TALAQQI KITAB MANASIK HAJI DAN UMRAH)


===================
KELEBIHAN PENGAJIAN INI
===================
1. Pengajian berbentuk TALAQQI KITAB yang disampaikan dengan penerangan yang tepat dan padat dengan berpandukan KITAB AT-TAUDIH syarahan Sohibul Samahah Ustaz Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri dari hasil karya Imam Nawawi Rahimahullah yang bertajuk AL-IDHAH FI MANASIK AL-HAJJ WAL-UMRAH.

2. Kami juga membawakan slot alternatif seperti KITAB SIRAH, GEOGRAFI KOTA MAKKAH DAN MADINAH, KITAB FADHAIL dan sebagainya.

3. Tenaga pengajar adalah PAKAR dan KREDIBILITI tinggi.

4. Anda akan mendapat pemahaman yang baik berkenaan ilmu-ilmu tersebut. Hal ini penting kerana anda
+ merupakan Bakal Tetamu Allah
+ merupakan Bakal mutawwif
+ Persediaan untuk melaksanakan ibadah Haji/umrah dengan lebih SERIUS

5. Boleh BERTANYA TERUS kepada para asatizah segala persoalan berkaitan SEMASA dan SELEPAS pengajian.

6. Nota KHAS dalam bentuk SOFTCOPY* disediakan oleh para asatizah untuk anda

7. Belajar dalam suasana yang MODEN
+ LCD
+ Fasiliti yang lengkap
+ Kerusi & Meja disediakan
8. MAKANAN RINGAN disediakan untuk semua peserta
9. Pengajian diadakan pada HUJUNG MINGGU.😊 Sangat sesuai anda yang
+ Sudah berkerja 
+ Belajar di universiti
+ Sangat sibuk pada hari biasa
+ Masa TERHAD untuk belajar
================
KAEDAH PENGAJIAN
================
♦ Daurah Manasik adalah Pengajian Bersiri Manasik Haji dan Umrah dengan menekankan method pengajian secara Talaqqi Berkitab untuk memelihara keaslian ilmu manasik dalam melaksanakan ibadah Haji/Umrah.

♦ Daurah Manasik mensasarkan para tetamu Allah yang akan menunaikan Haji dan Umrah, para penuntut ilmu, para mutawwif, eksekutif dan staff dalam industri haji dan umrah dan lain-lain yang ingin mempelajari dan mendalami ilmu manasik haji dan umrah secara bertalaqqi serta ilmu-ilmu lain di dalam melaksanakan ibadah Haji/Umrah.

🔸Pengajian ini dijalankan selama 3 bulan pada setiap hari Sabtu bermula bulan 29 Oktober - 14 Januari 2017
🔸Ada 12 sesi kelas yang akan diadakan
🔸Setiap sesi, menggunakan kitab At-Taudih dan kitab-kitab yang lain.
🔸Ujian dan sijil hanya akan diberikan kepada mereka yang hadir sekurang-kurangnya 80% kehadiran
🔸Nota disediakan secara online untuk dimuat turun oleh para peserta



======================
MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN
======================


KHAS UNTUK ANDA YANG BAKAL MENJADI TETAMU ALLAH/BAKAL MUTAWWIF/AGEN SYARIKAT UMRAH/PENUNTUT ILMU


HANYA untuk 100 orang SAHAJA!!!


Sila baca sampai habis dan share informasi berguna ini!!! 👍👍
Untuk Pendaftaran dan Pertanyaan Lanjut, Sila hubungi kami:-

☎03-88613361 (Office)
📱016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp)
📱016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

💻daurah manasik (FB)
https://www.facebook.com/Daurah-Manasik-1793437400929234/

📺 daurahmanasik (instagram)
📧daurahmanasik@gmail.com

BERI MAKAN DAGING KORBAN KEPADA HAIWAN

SOALAN:
Salam. Apakah hukum memberi makan daging korban kepada haiwan peliharaan seperti kucing atau ayam?

IRSYAD AL-FATWA HAJI DAN KORBAN SIRI 18 : BERI MAKAN DAGING KORBAN KEPADA HAIWAN



JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,

Allah SWT berfirman:
لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Maksudnya: "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
Surah al-Hajj, (22:28)


Zahir ayat ini menunjukkan daging korban itu dimanfaatkan oleh manusia dan bukannya haiwan. Namun begitu tidak menjadi kesalahan bagi seseorang yang menerima daging korban untuk memberi makan sebahagiannya kepada haiwan peliharaan kerana termasuk dalam ruang tasarruf (kepenggunaan). Apatahlagi dalam hal kita sudah memanfaatkan semungkin bahagian korban seperti daging, tulang dan kulitnya, tetapi masih berlebihan maka bolehlah diberi makan kepada haiwan dan itu lebih aula daripada dibuang begitu sahaja.

Memberi makanan kepada haiwan yang kelaparan adalah satu bentuk perlakuan ihsan kepada makhluk Allah. Daripada Syaddad bin Aus bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mewajibkan perlakuan ihsan dalam semua perkara.
Hadis riwayat Muslim (1955)
ehsan google

Rasulullah SAW pernah bercerita tentang seorang lelaki yang memberi minum anjing yang kehausan menggunakan sarung kakinya lalu Allah meredainya dan mengampuninya. 
Lalu para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah bagi kami pahala jika (kami memberi makan dan minum) kepada haiwan ternakan?”

فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ
Maksudnya: Dalam setiap hati yang basah terdapat pahala padanya.
Hadis riwayat al-Bukhari (2363)


Maksudnya sikap belas kasihan dan berbuat baik kepada makhluk adalah berpahala. Bahkan, Islam mencela orang yang tidak memberi makan kepada bintang peliharaannya. Ibnu Umar R.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا، فَلَمْ تُطْعِمْهَا، وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خِشَاشِ الأَرْضِ

ehsan google
Maksudnya: Seorang wanita masuk neraka kerana seekor kucing yang ditambatnya, tidak diberi makan dan tidak dibebaskan untuk makan daripada binatang melata di bumi.
Hadis riwayat al-Bukhari (3318)



Justeru, memberi makan bahagian korban kepada haiwan peliharan tidaklah haram dan berdosa.
Wallahua’lam.


Pautan ke laman rasmi PMWP: https://goo.gl/i5T8Xi

Sunday, 16 October 2016

Bakal jemaah Haji dan Umrah 2017

Bakal jemaah Haji dan Umrah 2017 juga dialu-alukan untuk menyertai ini.







Friday, 14 October 2016

al fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin


Sebelum ini nama dan suaranya acap kali terdengar di salah satu corong stesen radio yang terkenal di negara kita. Beliau yang dimaksudkan adalah al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin. Merupakan mantan Penerbit Rancangan Radio IKIM, dan al fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin adalah kumpulan pertama yang menjadi penggerak IKIMfm.


Beliau bergerak melalui pusat motivasi yang diasaskan sendiri, ISLAH INSAN RESOURCES, selain merupakan Pengkursus Haji bertauliah dari TABUNG HAJI juga merupakan Personaliti TV.

al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin giat menyampaikan ceramah dan forum di seluruh negara. Seorang penulis dan kolumnis. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar.

DAURAH MANASIK telah menjemput al fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin dalam usaha sama menjayakan 'Pengajian kitab bertalaqqi'.

Al fadhil Ustaz akan menyampaikan kitab Al Taudhih, yang sebenarnya hasil karya Imam Al-Nawawi yang bertajuk كتاب التوضيح والإيضاح في مناسك الحج والعمرة kemudian diterjemah oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Kitab Al Taudhih ini amat membantu para jemaah dengan gambaran yang jelas tentang ibadah Haji malah membekalkan mengenai Umrah, Kaabah yang berkaitan, Adab-adab bermusafir, Keistimewaan tanah suci dan sebagainya.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D, 
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya

☎ 03-88613361 (Office)

  016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp) 
  016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

Wednesday, 12 October 2016

LABU YANG DIMAKAN OLEH BAGINDA NABI SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM

LABU YANG DIMAKAN OLEH BAGINDA NABI SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM

Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam sangat menyukai Dubba' ( Labu). Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam AtTirmizi rahimahullah di dalam kitabnya yang masyhur dan barakah iaitu asSyamail al-Nabiyy.


Ada yang tertanya , labu yang bagaimana Baginda sukai? Adakah labu kuning yang sering kita makan atau bagaimana bentuknya?

Saya telah membaca kitab Munyatul Salik Khulasatul Syamail karangan guru kepada guru-guru kami, al-Imam al-Hafidz al-Syariff Muhammad Abdul Hayy bin Abdul Kabir al-Kattani rahimahullah ( wafat 1382 Hijriyyah bersamaan 1962). Beliau membahaskan secara terperinci tentang perkara tersebut.

Kata beliau : Para ulama berbeza pandangan padanya. Al-Imam Ahmad bin Abdul Qadir al-Qadiri ( wafat 1113 Hijriyyah) mengatakan bahawa labu yang disukai Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam tidak ada di bumi Maghrib.

Manakala al-Imam Abu Zaid Abdul Rahman bin Abdul Qadir al-Fasi rahimahullah ( wafat 1096 Hijriyyah) telah menyebut di dalam sebahagian kitabnya bahawa yang dimaksudkan dengan labu itu ialah Qar' al-Salawi
( Labu Salawi - lihat gambar-).



Beliau mengatakan sedemikian dengan beberapa sebab. Antaranya ialah :

1)    Labu ini adalah merupakan labu yang terbaik. Baginda Nabi tidak akan menyukai sesuatu melainkan perkara yang terbaik.

2)    Para ulama menyebutkan sifat Labu yang dimakan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam adalah panjang dan boleh ditebuk buat dijadikan bekas sesuatu.


Al-Imam Abdul Hayy al-Kattani rahimahullah mengatakan bahawa sebahagian orang Soleh di Sala ( Bandar Maghrib Kuno ) menceritakan kepada beliau bahawa Labu ini dinisbahkan kepada Sala kerana Sayyiduna Yunus alaihi assalam ketika dikeluarkan daripada perut ikan Nun maka ditumbuhkan pohon Yaqthin ( Labu ). Tempat tersebut dikatakan di Sala, Maghribi.

Labu atau Yaqhtin yang dimaksudkan adalah Labu Sala ini. Mereka juga mengatakan bahawa Nabi Allah Yunus alaihi assalam dimaqamkan di tempat mereka.
Saya berkata : Kemungkinan labu ini juga disebut dengan Labu Air bagi masyarakat kita di Malaysia dan Nusantara. Rasanya manis dan dibuat sup serta diletakkan di dalam gulai makanan kita. Wallahu a'lam.

Saya mencintai apa sahaja yang dicintai oleh Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam.



Memaknai Ibadah

Memaknai Ibadah