Pengajian Bersiri Manasik Haji dan Umrah dengan menekankan method pengajian secara Talaqqi Berkitab untuk memelihara keaslian ilmu manasik Haji dan Umrah

Thursday 17 November 2016

Hajarul Aswad




Kaabah berdiri dengan megah di tengah Masjidil Haram. Memandangnya hati terlalu gembira sehingga air mata mengalir membasahi pipi.

Ya, selama ini kita menghadapnya kearah Kaabah setiap kali mendirikan solat dari jauh, kini ia kita berdepan mata dengannya.

Antara rukun menunaikan Haji dan Umrah adalah Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali. Tawaf dimulakan di salah satu daripada tiga sudut Hajarul Aswad.


Gambar ehsan google




Hajarul Aswad



Saidina Abdullah bin ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Hajarul aswad telah diturunkan daripada Syurga dalam keadaan lebih putih dari susu, lalu dosa manusia telah menjadikan ianya hitam. ”
Riwayat Tarmizi, Hadith hassan sohih


Keterangan

Kesan dari sentuhan tangan manusia yang penuh dosa telah menghitamkan Hajarul Aswad. Di sini ada pengajaran penting, dengan sentuhan tangan boleh menghitamkan batu putih bersih dari Syurga, apatahlagi keadaannya hati manusia yang sentiasa bergelumang dengan dosa-dosa.

Firman Allah SWT dalam al Quran


كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Bahkan dosa-dosa telah menyebabkan hati mereka berkarat”
Surah al- Mutaffin : 14

Apabila seorang anak Adam melakukan dosa , maka satu titik hitam akan terlekat pada hatinya. Jika dia bertaubat dan beristighfar, maka titik hitam itu akan terhapus. Kalau tidak ianya akan kekal di situ dan apabila satu lagi dosa dilakukan, satu lagi titik hitam akan terlekat. Begitulah seterusnya sehingga seluruh hati itu menjadi hitam.


Kelebihan Hajarul Aswad

1) Berasal daripada batu Syurga yang mulia
2) Istimewa, mendapat kelebihan dan ketinggian yang tiada kepada batu-batu lain.
3)Hajarul Aswad akan menjadi saksi

Daripada Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Allah, Allah akan membangkitkan pada hari kiamat kelak, baginya kedua mata. Dia akanmelihat dengannya. Baginya lidah yang berkata-kata dengannya. Menjadi saksi kepada sesiapa saja yang telah mengusapnya dengan kebenaran"
Sunan at-Tirmizi. no961 

4) Mengucup Hajarul Aswad dan Mengusap Rukun Yamani dapat menghapus dosa.
Ibn Abbas r.a menceritakan, "Rasulullah s.a.w tidak mengusap tangannya melainkan pada Hajarul Aswad dan Rukun Yamani"
Sunan at-Tirmizi

5) Rasulullah s.a.w memuliakan Hajarul Aswad 



----------------------------------------------------------------------------------------------


Pengajian Talaqqi Kitab الإيضاح في المناسك Haj Wa Umrah telah bermula di EMRAZ Training Centre, Ayer@8, Presint 8, Putrajaya sehingga khatam kitab.


Alhamdulillah.
KHAS untuk bakal jemaah haji dan umrah 2017 dan para mutawwif dan mutawwifah yang ingin mendalami ilmu manasik haji dan umrah.


Pendaftaran masih lagi DIBUKA untuk kelas minggu depan.
Jom daftar beramai-ramai.

016 2136114 En. Ridhwan


No comments:

Post a Comment

Memaknai Ibadah

Memaknai Ibadah