Pengajian Manasik

Pengajian Bersiri Manasik Haji dan Umrah dengan menekankan method pengajian secara Talaqqi Berkitab untuk memelihara keaslian ilmu manasik Haji dan Umrah

Monday, 23 January 2017

SEMPADAN TANAH HARAM



SIRI SOAL JAWAB HAJI & UMRAH 


SOALAN -Assalamualaikum Ustaz Zamri. Saya nak tanya kenapa Makkah, Muzdzalifah & Mina dipanggil tanah Haram & Madinah dipanggil tanah Halal. Satu lagi kenapa Arafah tidak dipanggil tanah Haram? Sedangkan Ia berdekatan. Terima kasih.



JAWAPAN
Waalaikumsalam wrt.

Pertama -  perbetulkan maklumat. 
Tanah Haram Makkah adalah termasuk Makkah, Mina dan Muzdalifah. 
Tanah Haram Madinah pula adalah kawasan antara Jabal 'Air dan Jabal Thur. Kawasan ini adalah sekitar 7km - 8km.




SOALAN - Kenapa Makkah, Mina dan Muzdalifah adalah Tanah Haram dan Arafah (dibaca juga Arafaat) tidak termasuk tanah Haram?



JAWAPAN - Ketentuan kawasan tersebut sebagai Tanah Haram dan sempadan Arafah sebagai Tanah Halal adalah tawqif (ketentuan muktamad) daripada Allah SWT. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menetapkan Mekkah sebagai kota suci, yakni sejak penciptaan langit dan bumi. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada hari penaklukan kota Mekkah :


إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَّمَهُ اللَّهُ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

“Sesungguhnya kota ini, Allah telah memuliakannya pada hari penciptaan langit dan bumi. Ia adalah kota suci dengan dasar kemuliaan yang Allah tetapkan sampai hari Kiamat “. 


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَٰذِهِ الْبَلْدَةِ الَّذِي حَرَّمَهَا وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ ۖ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Mekkah) Yang telah menjadikannya suci dan kepunyaan-Nya-lah segala sesuatu, dan aku diperintahkan supaya aku termasuk orang-orang yang berserah diri” [an Naml 27:91].

Dengan izin Allah, Makkah akan tetap dalam perlindunganNya, dan menjadi negeri aman tenteram. Hal ini sebagai wujud Allah telah mengabulkan doa Nabi Ibrahim. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الْأَصْنَامَ

“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata : “Ya Rabb-ku, jadikanlah negeri ini (Makkah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala”. [Ibrahim 14:35]


Perlindungan Allah terhadap kota Makkah dan khususnya Kaabah, telah dibuktikan. Sebagai contoh, Allah telah menjaga Kaabah dari serbuan pasukan bergajah pimpinan Raja Abrahah yang bertekad menghancurkannya.

Nabi Muhammad s.a.w. datang mengerjakan Haji pada tahun 10 H hanya menerangkan kepada umatnya sempadan Tanah Haram dan Tanah Halal sedangkan persempadanan itu adalah tawqif daripada Allah SWT.




SOALAN - Bagaimana pula Madinah boleh menjadi Tanah Halal? 


JAWAPAN- Madinah menjadi Tanah Haram hasil doa RASULULLAH s.a.w. dan Allah SWT telah memaqbulkan doa tersebut. Antara Hadith yang menyebut perkara ini ialah;


Hadith Muslim 2422

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي ابْنَ مُحَمَّدٍ الدَّرَاوَرْدِيَّ عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدِ بْنِ عَاصِمٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ( إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَدَعَا لِأَهْلِهَا وَإِنِّي حَرَّمْتُ الْمَدِينَةَ كَمَا حَرَّمَ 
إِبْرَاهِيمُ مَكَّةَ وَإِنِّي دَعَوْتُ فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا بِمِثْلَيْ مَا دَعَا بِهِ إِبْرَاهِيمُ لِأَهْلِ مَكَّةَ.)

"Nabi Ibrahim membangun kota Makkah menjadi tanah haram & mendo'akan kemakmuran bagi penduduknya. Aku membangun kota Madinah menjadi tanah haram sebagaimana Nabi Ibrahim mengharamkan kota Makkah, & mendo'akan kemakmuran bagi penduduknya seperti Nabi Ibrahim mendo'kan penduduk Makkah. 


Hadith Muslim 2423

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا بَكْرٌ يَعْنِي ابْنَ مُضَرَ عَنْ ابْنِ الْهَادِ عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ عُثْمَانَ عَنْ رَافِعِ بْنِ خَدِيجٍ قَال(َ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَإِنِّي أُحَرِّمُ مَا بَيْنَ لَابَتَيْهَا (يُرِيدُ الْمَدِينَةَ)).

"Nabi Ibrahim telah mengharamkan kota Makkah. Dan sesungguhnya aku mengharamkan daerah yg terletak di atanta kedua Labah (daerah bebatuan hitam) -nya. (Untuk Madinah)."

Banyak lagi Hadith seumpamanya wallahua'lam.

---------------------------------------------------------------------------------------------



PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

DaftarUmrah.com - Sistem Sokongan Pra-Umrah Pertama di Malaysia

DaftarUmrah.com adalah satu sistem sokongan pra-umrah yang disediakan kepada bakal Jemaah umrah & ziarah di Malaysia.

Sistem ini merupakan satu inovasi dalam pengurusan umrah di peringkat domestic (inbound) merangkumi 10 manfaat tambahan yang tidak ditawarkan oleh syarikat-syarikat umrah yang lain. 

Hasil kerjasama pintar dengan syarikat insurans, syarikat pengangkutan, rangkaian inapdesa (homestay) dan syarikat catering, 10 manfaat tambahan berikut kami tawarkan termasuk urusan dokumentasi secara PERCUMA dengan harga pakej umrah yang sama. Tiada cas tersembunyi dan bayaran tambahan yang dikenakan.

10 manfaat mendaftar melalui DaftarUmrah.com

1- Konsultansi Percuma✔
2- Penginapan Percuma*✔
3- Pengangkutan Percuma*✔
4- Tuntutan Makan & Minum ✔
5- Tuntutan Pembatalan Perjalanan✔
6- Tuntutan Kehilangan Bagasi✔
7- Tuntutan Kemalangan Diri✔
8- Tuntutan Kos Perubatan Diri✔
9- Tuntutan Bantuan Kos Pengebumian✔
10- Tuntutan Musibah Kematian✔

Sila hubungi perunding kami di talian berikut untuk maklumat lanjut.

Tempat adalah terhad.

Mobile : (call/sms/whatsapp)

016 213 6114
 016 215 6114
 013 672 1089
013 628 1788

Pejabat: 03-8861 3361

DaftarUmrah.com
Lot D-1-5, Level 1 Blok D,
Ayer@8, Jalan P8G Presint Putrajaya,
Wilayah Persekutuan, Malaysia

email: info@daftarumrah.com
website: http://daftarumrah.com/
facebook page : www.facebook.com/daftarumrahmalaysia




Sunday, 8 January 2017

LARANGAN BERWANGI-WANGIAN DALAM IHRAM

SIRI SOAL JAWAB HAJI & UMRAH


LARANGAN BERWANGI-WANGIAN DALAM IHRAM

1)   Ustaz, jika saya sedang dalam ihram, dan saya tergunakan sabun tangan dalam hotel, adakah saya kena bayar dam?  Saya benar-benar terlupa dan setelah teringat, alhamdulillah, tangan saya tidak berbau wangi.  Mohon pencerahan Ustaz.

JAWAPAN USTAZ; Waalaikumussalam wrt. Menggunakan sabun walaupun yang berbau dengan tujuan untuk membersihkan tangan atau anggota lain daripada kotoran yang menjengkelkan tidak dilarang. Yang dilarang adalah menggunakan sabun wangi dengan tujuan mewangikan anggota badan. Itulah maksud larangan dalam Ihram - berwangi-wangian. Wallahua'lam.



2) Ustaz, saya sakit lutut, semasa solat saya sapu mnyak atau krim untuk menghilangkan rasa sakit. Boleh kah di gunakan mnyak atau krim ini berbau  wangi. Maksud saya semasa dalam ihram bolehkah minyak ini di gunakan?

JAWAPAN USTAZ

Boleh. Kerana krim yang berbau wangi bukannya digunakan untuk mendapat wangiannya tetapi manfaat ubatannya.



3) Ustaz, dulu Kawan saya pergi umrah dia singgah di sebuah Kedai yang menyediakan kek berbau wangi. ketika itu Kawan saya dalam ihram. Beliau ditegur kerana makan kek berbau wangi dan mutawif nasihatkan supaya bayar dam. Mohon pencerahan ustaz. 

JAWAPAN USTAZ

Tidak ada masalah kerana kita memakan kek itu bukan untuk berwangi-wangian. Kita memakan kek yang telah disiapkan oleh pembuatnya. Melainkan jika kita sendiri yang sengaja menambah wangian ke dalam makanan itu untuk tujuan mewangikannya.

Tiada dam dikenakan.



Masjid Nabawi As Syarif



**Ingin mengetahui lebih mendalam mengenai permasalahan Umrah dan Haji, sertai kami Daurah Manasik,

------------------------------------------------------------------------------------------------

Daurah Manasik ini boleh di hadiri oleh semua umat Islam yang berhajat untuk memahami serta membimbing diri sendiri dalam kefahaman mengenai ibadah Haji dan Umrah.

Terbuka buat semua Lelaki dan Wanita. Bimbing diri sendiri. Laksanakan Ibadat dengan kefahaman yang jelas.

Pengajian yang akan dipelajari merangkumi :
1. Adab permusafiran dan permasalahan
2. Isu serta Fatwa semasa berkaitan Haji & Umrah
3. Kemahiran berbahasa Arab
4. Kelebihan dan sirah Makkah dan Madinah
5. Tugas dan ciri seorang Mutawwif/Mutawwifah
6. Kelangsungan Kerjaya dalam industri Umrah & Haji

Kitab Al Taudhih adalah kitab Utama di Daurah Manasik. Kitab Al Taudih ini sebenarnya hasil karya Imam Al Nawawi Rahimahullah yang bertajuk كتاب الإيضاح في مناسك الحج والعمرة 
(Al Idhah fi Manasik al Hajj wa al Umrah). Kemudiannya diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkfli Mohammmad al Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para Ulama. Kitab Al Taudhih ini amat sesuai para Jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Ianya memberi gambaran jelas telah ilmu manasik Haji dan Umrah.

Pengajian talqqi ini akan disampaikan oleh tengaja pengajar yang sudah dikenali ramai iaitu al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin yang merupakan mantan Penerbit Rancangan Radio IKIM, adalah kumpulan pertama yang menjadi penggerak IKIMfm.
Beliau bergerak melalui pusat motivasi yang diasaskan sendiri, selain merupakan Pengkursus Haji bertauliah dari TABUNG HAJI juga merupakan Personaliti TV.
al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin giat menyampaikan ceramah dan forum di seluruh negara. Seorang penulis dan kolumnis. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar.

Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017  Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.

Peluang kerjaya dalam industri Haji Umrah amat terbuka luas.

Keistimewaan menyertai Kursus mutawwif ini berpeluang

√ Umrah PERCUMA sebagai Mutawwif/Mutawwifah terlatih

√ Menjana potensi pendapatan sambilan

√ Taraf pendidikan tidak terhad

√ Pengalaman mengerjakan Umrah Haji adalah kelebihan

√ Berminat dan bersungguh untuk meyeru dan membimbing jemaah


Hubungi
EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D, 
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya

 03-88613361 (Office)

  016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp) 
  016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

Email: daurahmanasik@gmail.com
Facebook/ Instagram/Twitter: DAURAH MANASIK


Tuesday, 20 December 2016

Hukum Seseorang Muslim Mengucapkan “Merry Christmas” Kepada Mereka Yang Beragama Kristian

Soalan ini sering berlegar-legar saban tahun dalam kalangan umat Islam. Ia juga seringkali menimbulkan polemik dan salahfaham baik dalam kalangan bukan Muslim, malah umat Islam sendiri. Kami menerima beberapa persoalan berkaitan ini daripada mereka yang mepunyai hubungan secara langsung dengan bukan Muslim baik secara kekeluargaan, kerjaya, mahupun kerana tinggal dalam kawasan kejiranan yang sama.
Melihat kepada kepentingan isu ini dalam kalangan umat Islam, kami cuba menghuraikan permasalahan ini dengan ilmiah dan melampirkan jawapan yang tuntas bagi permasalahan ini.


Islam Agama Rahmat
Sesungguhnya Rasulullah SAW itu sendiri datang untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Firman Allah SWT:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”(Surah al-Anbiya’: 107)
Dr. ‘Aid al-Qarani dalam bukunya, Rahmatan li al-‘Alamin  menyebut beberapa tafsiran, antaranya:
  • Baginda SAW merupakan seorang manusia utusan Allah.
  • Baginda SAW datang untuk membela nasib umat yang lemah, tertindas, terkebelakang dan terpenjara dengan pelbagai kezaliman.
  • Baginda SAW datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga setaraf dengan bangsa lain.
  • Baginda SAW membina satu tamadun baru di antara sekalian tamadun yang sedia ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi nilainya.
  • Rasulullah SAW telah mengeluarkan kita dari Semenanjung Arab yang tandus tanpa wujudnya sungai, kebun, mahupun tumbuh-tumbuhan, menjelajahi seluruh pelusuk bumi.
Islam adalah agama yang membawa rahmat, keamanan dan segala kebaikan. Allah SWT telah memerintahkan kepada kita untuk berlaku baik kepada semua manusia, tanpa sebarang perbezaan dengan dalil yang umum dan jelas:
وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا
Maksudnya: “…dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik.”(Surah al-Baqarah: 83)
Al-Maraghi berkata: “Oleh sebab itu, dalam memenuhi hak setiap anggota umat atau seluruh manusia memadailah dengan pergaulan dan perkataan yang baik, menyuruh berbuat baik, mencegah perbuatan mungkar dan perbuatan lain bermanfaat di dunia dan akhirat.”[1]
Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan…”(Surah al-Nahl: 90)
Sayyid Qutub dalam Fi Zilal al-Quran berkata: “Ihsan mempunyai pengertian yang amat luas. Setiap perbuatan yang baik adalah ihsan belaka. Perintah berbuat ihsan dalam ayat itu merangkumi segala perbuatan dan muamalah. Ia merangkumi segala ruang kehidupan yang berkaitan dengan hubungan-hubungan seorang hamba dengan Allah, hubungan dengan keluarganya, hubungan dengan masyarakatnya dan hubungan dengan seluruh manusia yang lain.[2]

Definisi Merry Christmas
Merry menurut English Oxford Living Dictionaries adalah “cheerful and lively” (ceria dan meriah). Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - myrige - iaitu “pleasing, delightful” (menyenangkan, menggembirakan). [3]

Christmas pula bermaksud “The annual Christian festival celebrating Christ's birth, held on 25 December in the Western Church” (Festival tahunan penganut Kristian bagi menyambut kelahiran Christ, diadakan pada 25 Disember di Gereja Roman Katolik)[4].
 Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - Crīstes yang merujuk kepada Jesus Christ[5] dan mæsse iaitu sambutan jamuan suci (eucharist) bagi penganut Kristian khususnya gereja Roman Katolik[6]Mass juga merujuk kepada upacara mingguan pada hari Ahad di gereja-gerja Katolik, begitu juga upacara pada Holy Days of Obligation. Ia berasal daripada Bahasa Latin; missa. Ia digunapakai pada penghujung liturgy apabila paderi berkata: Ite missa est ataupun boleh difahami dengan maksud “Upacara ini telah tamat. Bersurailah dalam keamanan (The Mass is ended. Go in peace).”[7]
Oleh itu, Crīstesmæsse dapat difahami sebagai Christ's Mass iaitu sambutan kelahiran Jesus Christ, walaupun terdapat beberapa perbezaan pandangan tentang tarikh kelahiran Jesus Christ. Sambutan ini ditonjolkan dengan menzahirkan kegembiraan dan majlis keraian bagi menggantikan tradisi Roman Saturnalia dan perayaan-perayaan pagan yang lain sebelumnya. Sambutan ini mula berubah bentuk di England pada abad ke-19 melalui kemasukan budaya German (pokok Krismas) oleh Prince Consort dan pengaruh Charles Dickens menerusi novellanya yang terkenal, A Christmas Carol.[8]
Populasi Penganut Kristian di Malaysia
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, jumlah penganut Kristian di Malaysia adalah ketiga terbesar di Malaysia iaitu mencapai 9.2% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.[9] Ia meliputi beberapa aliran dalam Kristian iaitu Anglican, Baptist, Brethren, gereja-gereja tanpa aliran khusus, gereja-gereja Karismatik, Lutheran, Methodist, Presbyterian dan Roman Catholic[10]. Melihat kepada hal ini, keberadaan dan hak mereka untuk hidup bersama-sama sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia perlu diraikan dengan sewajarnya. 
Fiqh Kewujudan Bersama (al-Ta’ayush/Co-Existence)
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”(Surah al-Hujurat: 13)
Al-Zamakhsyari ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada Adam dan Hawa. Kita semua diciptakan daripada seorang ibu dan seorang ayah dan tanpa wujud kelebihan antara satu mengatasi yang lain. Maka, tidak ada sebab untuk berbangga akan diri sendiri dan melebihkan diri sendiri dalam hal keturunan.[11]
Kita perlu sedar bahawa hubungan dan kesatuan antara kita sesama manusia adalah bertaut pada semangat kemanusiaan (insaniyyah/humanity) dan bukannya pada faham creedal nation (al-ummah al-‘aqidiyyah). Fitrah kemanusiaan yang menginginkan keamanan, kebersamaan dan keadilan inilah yang boleh memandu kita dalam menghargai fiqh kewujudan bersama dalam kepelbagaian ini. Adalah menjadi satu keperluan bagi seluruh manusia untuk sedar bahawa sejauh mana perbezaan warna kulit, bangsa, politik dan agama, mereka adalah tetap bersaudara.
Terlalu banyak contoh-contoh dalam al-Qur’an, bagaimana para Nabi dinamakan kepada kaum masing-masing oleh Allah SWT sebagai “saudara” walaupun bagi kaum yang menentang Nabi mereka.
وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا
Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh.”(Surah al-A’raf: 73)
قَالُوا أَرْجِهْ وَأَخَاهُ وَابْعَثْ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ
Maksudnya: Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir).”(Surah al-Syu’ara: 36)
وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا
Maksudnya: “Dan kepada kaum ‘Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Hud…”(Surah Hud: 50)
وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا
Maksudnya: “Dan kepada penduduk Madyan, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib.(Surah Hud: 84)
Hatta, dalam sejarah jelas menukilkan kata-kata Ibn ‘Abbas:
لَوْ قَالَ لِي فِرْعَوْنُ: بَارَكَ اللَّهُ فِيكَ. قُلْتُ: وَفِيكَ
Maksudnya: “Sekiranya Fir’aun berkata kepadaku: ‘Semoga Allah memberkati kamu.’ Nescaya aku akan menjawab: ‘Kepada kamu jua.”[12]
Ini bermakna, perbezaan fahaman apatah lagi pegangan tidak menjadi masalah bagi Muslim untuk menerima dan menanggapi bukan Muslim sebagai seorang saudara, yang bersusurgalurkan daripada Adam dan Hawa.
Hukum Mengucapkan Tahniah Atas Sambutan Krismas
Para ulama’ berbeza pandangan dalam menyatakan hukum mengucapkan tahniah bagi perayaan bukan Muslim atau dalam konteks soalan, Hari Krismas. Ini kerana, sebahagian ulama’ yang mengharamkannya melihat ucapan “tahniah” ini membawa konotasi seakan mengiktiraf dan mengakui agama lain. Manakala, bagi ulama’ yang membenarkannya pula melihat ia cuma sebagai satu bentuk penghargaan dan tanda penghormatan atas dasar sesama manusia tanpa bertujuan mengiktiraf kebenaran agama lain. Kami bahagikan kepada kumpulan yang mengharamkan dan juga membenarkan.
Pertama: Diharamkan Mengucap Tahniah
Antara mereka yang berpendapat hukumnya haram secara total adalah:
Ulama Silam (mutaqaddimin)
  • Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah.
  • Syeikh al-Islam Ibn Qayyim.
Ulama Kontemporari (muta’akhkhirin)
  • Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin (Ulama Terkenal Di saudi)
  • Syeikh Abdul Aziz Bin Baz (Mantan Mufti Besar Saudi)
  • Syeikh Soleh al-Munajjid (ulama masa kini) dan ramai lagi.
Dalil Pengharaman:
Secara asasnya, mereka berdalilkan dengan:
  1. Firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
Maksudnya: dan (hamb-hamba Ar-Rahman itu) mereka tidak menghadiri Az-Zur dan apabila mereka melintas dengan perkara yang sia-sia mereka lalu dengan penuh kemuliaan.(Surah al-Furqan: 72)
Abu al-‘Aliyah, Tawus Ibn Sirin al-Dahhaq al-Rabi’ bin Anas dan lain-lain berkata: “makna al-Zur ialah ‘Perayaan-perayaan Musyrikin”. Ulama’ lain menyatakan ia adalah majlis yang terdapat padanya nyanyian dan muzik.[13]
  1. Rasulullah SAW bersabda:
‏ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dalah daripadanya-
(Riwayat Abu Daud, no. 4031 dan al-Tabarani, no. 8327)
Syeikh Nasiruddin menyebutkan: “Agama Islam telah pun menggariskan suatu ketetapan bahawa seseorang penganut Islam daripada kalangan lelaki dan wanitanya tidak harus meniru atau mencontohi orang-orang bukan Muslim seluruhnya samada dari segi peribadatan, perayaan dan perhiasan yang khusus yang tertentu hanya kepada kalangan mereka sahaja.
Rasulullah SAW bersabda:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا، لاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ وَلاَ بِالنَّصَارَى، فَإِنَّ تَسْلِيمَ اليَهُودِ الإِشَارَةُ بِالأَصَابِعِ، وَتَسْلِيمَ النَّصَارَى الإِشَارَةُ بِالأَكُفِّ
Maksudnya: "Bukanlah daripada kami sesiapa yang meniru dengan selain kami. Janganlah meniru Yahudi dan Nasrani dan sesungguhnya salam Yahudi itu dengan isyarat jari dan salam Nasrani itu dengan tapak tangan.”(Riwayat al-Tirmizi, no. 2695)
Ibn Taimiyyah menyatakan sekurang-kurang hadis Ibn Umar di atas menyatakan haram menyerupai walaupun zahir hadis menyatakan murtadnya orang yang menyerupai orang bukan Muslim. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada ulama’ mazhab Hanafiyyah dan Malikiyyah berfatwa bahawa dikira murtad orang yang memberi hadiah lilin kepada Kristian di hari Krismas.
Memberi ucapan tahniah kepada mereka juga adalah dilarang kerana ini menzahirkan kegembiraan dan keredhaan kepada kekufuran mereka. Ibn al-Qayyim telah meriwayatkan ijma’ ulama’ akan haramnya tahniah kepada orang kafir bersempena perayaan mereka:
Katanya: “…dan adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar bukan Islam yang khusus dengannya maka adalah haram dengan disepakati para ulama’ seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: ” ‘Eid Mubarak”(Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. dan hukum ini(haram) jika selamat pengucapnya daripada kufur maka ia adalah haram seumpama memberi tahniah kepada kafir atas sujudnya pada salib bahkan itu lebih besar dosanya di sis Allah daripada memberi tahniah kepada peminum arak dan pembunuh dan penzina dan seumpamanya.”[14]
Bagi para ulama’ yang mengharamkannya, perbuatan mengucapkan tahniah itu adalah bercanggah dengan firman Allah SWT:
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلامُ
Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.”(Surah Ali ‘Imran: 19)
Kedua: Diharuskan Mengucap Tahniah
Antara mereka yang mengharuskannya ialah:
Ulama Silam (mutaqaddimin):
  • Syeikh Muhammad Ahmad ‘Alish al-Maliki ketika ditanya: “Sekiranya seorang Muslim pergi ke rumah dhimmi pada hari perayaannya dan mengucapkan ‘Moga Allah memelihara umurmu sepanjang tahun’. Adakah ia dikira sebagai terkeluar daripada Islam atau tidak? Jawab beliau: “Tidak terkeluar daripada Islam seseorang Muslim yang berkata kepada seorang Kristian ‘Moga Allah memelihara umurmu sepanjang tahun’ di mana beliau tidak bermaksud untuk membesarkan kekufuran dan tidak meredhai kekufuran.[15]
  • Disebutkan oleh al-Hattab al-Rauyani bahawa Sultan al-Ulama’ al-Imam al-‘Izz Abd al-Salam al-Syafie telah ditanya telah hukum mengucapkan “Semoga hari sambutan ini diberkati untuk kamu.” kepada dhimmi semasa perayaan mereka. Jawabnya: “Sekiranya Muslim tersebut mengucapkan sedemikian kepada dhimmi dengan niat mengagungkan agama mereka dan perayaan mereka, sesungguhnya dia telah terkeluar daripada Islam. Adapun sekiranya beliau tidak bermaksud sedemikian dan ucapan itu sekadar terlontar di mulutnya, beliau tidak terkeluar daripada Islam kerana ucapannya adalah tanpa niat.”[16]
Ulama Kontemporari (muta’akhkhirin)
  • Syeikh Muhammad Rashid Redha (Pengarang Tafsir al-Manar)
  • Syeikh Dr. Ahmad al-Syarbasi (Pengarang kitab Yas’alunaka fi al-Din wa al-Hayah)
  • Syeikh Dr. Mustafa al-Zarqa (Ulama besar Syam)
  • Syeikh Abdullah bin Bayyah (Ulama besar Mauritania)
  • Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi (Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia)
  • Syeikh Syauqi Ibrahim Abdul Karim 'Allam (Mufti Mesir)
  • Syeikh Dr. Ali Jumu’ah (Mantan Mufti Mesir)
  • Syeikh Abdul Sattar Fathullah Said (Pensyarah Universiti al-Azhar)
Secara umumnya, dalil-dalil mereka adalah:
  • Firman Allah SWT:
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.(Surah al-Mumtahanah: 8)
Al-Maraghi berkata: “Allah SWT tidak melarang kamu daripada melakukan perbuatan baik kepada bukan Muslim yang tidak memerangi kamu atas dasar agama, tidak mengusir kamu dari kampung halaman dan tidak membantu orang lain untuk mengusir kamu.”[17]
  • Firman Allah SWT:
وَإِذَا حُيِّيْتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّواْ بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا
Maksudnya: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.(Surah al-Nisa’: 86)
Imam al-Fakhru al-Razi berkata: “Ketahuilah lafaz (تَحِيَّةٍ) sebagai mana yang kami nyatakan merupakan kiasan kepada perbuatan memuliakan sesuatu. Justeru semua bentuk jenis perbuatan memuliakan boleh dimasukkan di bawah lafaz berkenaan.”[18]
Apabila ada rakan-rakan bukan Muslim mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kita, maka kita membalasnya dengan ucapan tahniah yang sama. Tujuannya jelas, iaitu memuliakan beliau sebagai seorang saudara, sebagai penghargaan atas ucapan beliau dan tidak bermaksud menerima dan mengagungkan agamanya. Perihal pengagungan agama itu sudah masuk kepada perbahasan yang lain daripada perkara ini.
Daripada Asma’ binti Abu Bakar RAnhuma, katanya:
قَدِمَتْ عَلَيَّ أُمِّي فِي مُدَّةِ قُرَيْشٍ مُشْرِكَةً، وَهِيَ رَاغِبَةٌ - يَعْنِي مُحْتَاجَةٌ -، فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ أُمِّي قَدِمَتْ عَلَيَّ وَهِيَ مُشْرِكَةٌ رَاغِبَةٌ أَفَأَصِلُهَا؟ قَالَ: صِلِي أُمَّكِ .
Maksudnya: “Telah datang ibuku untuk menziarahiku pada masa perjanjian dalam keadaan musyrik dan dia begitu berhajat untuk bertemuku, lantas aku bertanya Rasulullah SAW seraya berkata; “Sesungguhnya ibuku datang mengziarahiku sedangkan dia musyrik tetapi berkeinginan menemuiku, adakah aku menyambungnya? Sabda Rasulullah SAW: “Sambungkanlah silaturrahim dengan ibumu.”
Riwayat al-Bukhari (2620) dan Muslim (1003)
  • Daripada Anas bin Malik RA berkata:
كَانَ غُلَامٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَمَرِضَ، فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ، فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ، فَقَالَ لَهُ: أَسْلِمْ". فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ: أَطِعْ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَسْلَمَ، فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ: الْحَمْدُ لِلهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ .Maksudnya: "Ada seorang budak Yahudi yang bekerja membantu Nabi SAW telah menderita sakit. Maka Nabi SAW menziarahinya dan baginda duduk di sisi kepalanya lalu menyeru: "Masuklah Islam". Budak itu memandang kepada bapanya yang berada berdekatannya, lalu bapanya berkata,: "Taatilah Abu al-Qasim SAW". Lantas budak itu memeluk Islam. Kemudian Nabi SAW keluar sambil bersabda: "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan budak itu dari neraka.”
Riwayat al-Bukhari (1356)
Tarjih
Selepas melihat dua pandangan dan juga situasi semasa di Malaysia, kami berpendapat ucapan Merry Christmas kepada penganut Kristian dan seumpamanya adalah diharuskan. Ini kerana,
  • Firman Allah SWT:
وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Maksudnya: Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Surah al-Maidah: 8)
Al-Maraghi berkata: “Ini kerana ketidakadilan yang dilakukan akan menimbulkan kerosakan yang boleh menghancurkan kehidupan bersosial, memutuskan hubungan antara individu dan datang malapetaka yang besar.”[19]
  • Bersekutu (tahaluf) bersama golongan bukan Islam yang mencintai kedamaian dan meninggalkan permusuhan yang bertujuan untuk menyelamatkan kemanusiaan dari peperangan.
  • Rasulullah Saw memuji perjanjian Fudhul sedangkan ia berlaku pada masa Arab Jahiliah.
لَقَدْ شَهِدْتُ فِي دَارِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جُدْعَانَ حِلْفًا مَا أُحِبُّ أَنَّ لِيَ بِهِ حُمُرَ النَّعَمِ، وَلَوْ أُدْعَى بِهِ فِي الْإِسْلَامِ لَأَجَبْتُ. تحالفوا أن ترد الفضول على أهلها، وألا يعز ظالم مظلوما
Maksudnya: “Aku menyaksikan perjanjian di rumah Abdullah Bin Jud’an, kalau aku diminta melakukannya pada zaman Islam nescaya aku menyahutnya. Perjanjian mereka untuk dikembalikan harta kepada tuan punya dan tidak memuliakan orang yang zalim atas kezalimannya.”
  • Hak minoriti bukan Muslim. Ini kerana hak-hak golongan minoriti yang bukan Muslim juga perlu diraikan lebih-lebih lagi apabila mereka mengambil hak kewarganegaraan (muwatanah). Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Fi Fiqh al-Awlawiyyat ada menekankan tentang keperluan meneliti masalah-masalah yang dihadapi oleh minoriti bukan Muslim.
  • Perlu membezakan antara penyerupaan (tasyabbuh) dan persamaan (musyabahah). Syeikh Abdullah bin Mahfudh Ibn Bayyah menyatakan bahawa perlu ada perbezaan antara memahami istilah penyerupaan (tasyabbuh) dan persamaan (musyabahah). Menurut beliau, bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Ia menjadi haram jika menyamai mereka dengan niat (tashabbuh) bukannya semata-mata dengan wujudnya persamaan (musyabahah).
Hal ini adalah sebagaimana komentar Ibn 'Abidin terhadap Durr al-Mukhtar pada perbahasan hukum membaca mushaf dalam solat yang dikatakan menyerupai ahli kitab, katanya:
قَالَ هِشَامٌ: رَأَيْت عَلَى أَبِي يُوسُفَ نَعْلَيْنِ مَخْصُوفِينَ بِمَسَامِيرَ، فَقُلْت: أَتَرَى بِهَذَا الْحَدِيدِ بَأْسًا؟ قَالَ لَا قُلْت: سُفْيَانُ وَثَوْرُ بْنُ يَزِيدَ كَرِهَا ذَلِكَ لِأَنَّ فِيهِ تَشَبُّهًا بِالرُّهْبَانِ؛ فَقَالَ «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَلْبَسُ النِّعَالَ الَّتِي لَهَا شَعْرٌ» وَإِنَّهَا مِنْ لِبَاسِ الرُّهْبَانِ. فَقَدْ أَشَارَ إلَى أَنَّ صُورَةَ الْمُشَابَهَةِ فِيمَا تَعَلَّقَ بِهِ صَلَاحُ الْعِبَادِ لَا يَضُرُّ... وَفِيهِ إشَارَةٌ أَيْضًا إلَى أَنَّ الْمُرَادَ بِالتَّشَبُّهِ أَصْلُ الْفِعْلِ: أَيْ صُورَةُ الْمُشَابَهَةِ بِلَا قَصْدٍ.Maksudnya: “Hisham berkata: Aku melihat Abu Yusuf (memakai) sepasang sandal yang dijahit dengan paku-paku. dan berkata: 'Adakah kamu merasa susah memakai ini? Dia menjawab, 'Tidak'. Aku berkata, 'Sufyan dan Thaur bin Yazid tidak suka kepada sandal ini kerana ia menyerupai rahib. Beliau menyatakan, 'Nabi SAW memakai sandal yang mempunyai bulu di atasnya.' (Ibn 'Abidin menyatakan) Sesungguhnya ia (sandal itu) adalah daripada pakaian rahib. Maka ini menunjukkan bahawa apa-apa persamaan / penyerupaan yang berkaitan dengan kebaikan manusia adalah tidak bermasalah ... dan ini juga menunjukkan mengenai asal perbuatan meniru itu - ia adalah bentuk persamaan tanpa niat.”[20]
  • Perlu dibezakan antara hukum fiqhi dan fatwa. Ini kerana, hukum fiqhi ada yang bersifat thabit yang tidak mungkin berubah seperti hukum قطعية الثبوت و الدلالة. Begitu juga ada yang boleh berubah iaitu yang tidak thabit. Hal ini harus berijtihad. Berlainan pula dengan fatwa yang boleh menerima perubahan berdasarkan kemaslahatan zaman. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata: Ini yang menyebabkan aku menyalahi pandangan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkenaan pengharaman ucapan tahniah kepada orang Kristian.”
  • Menghukumi sesuatu adalah dengan isinya dan kandungannya, bukan dengan kulit atau namanya semata-mata (العبرة بالمسميات لا بالاسماء).
  • Kami melihat, perbezaan pandangan yang timbul adalah pada memahami definisi yang tepat bagi perkataan “tahniah” yang menyebabkan hukumnya terbahagi kepada dua seperti di atas. Bagi menjelaskan hal ini, kita perlu melihat definisi “tahniah” dalam konteks bahasa dan pemahaman yang sebenar. Dalam Bahasa Melayu, “tahniah” bermaksud: “ucapan yang ditujukan kepada seseorang untuk menyatakan rasa gembira kerana kejayaannya dll; ucapan selamat”[21]
Maka, dapat difahami bahawa ucapan Merry Christmas adalah termasuk dalam fatwa keharusan mengucapkan tahniah atas perayaan agama lain tanpa mengagungkan agama mereka. Ia tidak lebih daripada sekadar ucapan bagi menzahirkan rasa gembira dan seronok apabila melihat mereka bergembira meraikannya.
Keputusan Institusi Fatwa
Bagi menyokong keharusan yang kami tarjihkan, kami kemukakan di sini sebahagian pendapat Institusi Fatwa:
  • Dar Ifta al-Misriyyah. Harus mengucapkan tahniah kepada orang bukan Muslim merayakan perayaan mereka itu dengan lafaz yang tidak bertentangan dengan akidah Islamiyyah dan perbuatan ini termasuk di bawah bab Ihsan.[22]
  • Majlis Fatwa Eropah. Mereka juga mengharuskannya sesuai dengan Fiqh al-Aqaliyyat (Minoriti Muslim di negara bukan Muslim).[23]
Garis Panduan (dhawabit) Umum
  • Ucapan tahniah adalah sebagai tanda perpaduan dan hubungan kemasyarakatan yang erat dan harmoni. Adapun melibatkan diri dalam upacara-upacara keagamaan khusus mereka, ia tetap tidak dibenarkan di sisi Islam.
  • Ucapan tersebut tidak disertai dengan niat untuk mengagungkan, memuliakan dan menyetujui agama lain serta tidak juga menumpahkan kasih sayang yang terlalu tinggi melangkaui batas agama.
  • Ucapan tahniah tidak mengandungi sebarang bentuk penghargaan yang menyalahi syarak seperti menghadiahkan arak dan perkara yang tidak diizinkan dalam Islam.
  • Ucapan tersebut adalah kepada orang bukan Muslim yang tidak bermusuh dengan Islam, khususnya kepada seseorang yang mempunyai ikatan tertentu seperti kaum kerabat, jiran tetangga, teman-teman pengajian, kawan-kawan sekerja dan sebagainya.
  • Menghadiri jemputan makan malam bukan Muslim, menziarahi bukan Muslim dan bertukar-tukar hadiah juga adalah dibenarkan. Rasulullah SAW pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis[24] yang tidak beragama Islam. Saidina Umar al-Khattab RA juga pernah menghadiahkan baju kepada saudaranya yang tidak memeluk Islam.[25]
Kenyataan Mufti Wilayah
Setelah kami amati dan tekuni isu ini dengan berhemah, di samping membincangkan dengan pakar serta kembali kepada rujukan yang muktabar sebagaimana yang telah dilampirkan kesemuanya di atas, maka kami berpendapat hukum mengucapkan Merry Christmas adalah HARUS dan perlu meraikan garis panduan yang telah kami nyatakan. Ini juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007, “Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Kami menguatkan hujah ini melalui kenyataan Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi Islam antara lain menyebut: “Jika kita hendak menyimpulkan ajaran-ajaran Islam dalam tindakannya terhadap orang-orang yang menyalahinya dalam lingkungan apa yang halal dan apa yang haram, maka memadailah kita berpegang kepada dua ayat daripada al-Quran al-Karim yang boleh dianggap sebagai prinsip yang menyeluruh, sebagaimana firman Allah SWT:
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ. إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya: Allah SWT tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah SWT hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.(Surah al-Mumtahanah: 8-9)
Ayat yang pertama di atas tidak hanya menggalakkan seseorang berlaku adil dan saksama kepada orang-orang yang bukan Muslim, yang tidak memerangi, iaitu tidak menunjukkan permusuhan kepada kaum Muslimin dalam agamanya.
Tegasnya, mereka itu tidak menaruh niat permusuhan atau peperangan terhadap kaum Muslimin, malah ayat itu juga menggalakkan supaya berbuat baik dan memberikan layanan yang sempurna kepada mereka. Perkataan “al-bir” iaitu “baik” merupakan kalimah yang meliputi segala pengertian dan maksud yang baik umumnya dalam sebarang maksud, dan ianya adalah suatu perkara yang melebihi “keadilan”. Kalimah al-bir tersebut pernah digunakan oleh kaum Muslimin untuk menunjukkan kewajipan yang utama tentang hak-hak kemanusiaan ke atas diri mereka, ketika menggunakan perkataan itu untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa (birr al-walidain)
Kami menyatakan di sini bahawa ayat itu menggalakkan apa yang kami nyatakan kerana firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang berlaku adil. Seseorang Mukmin itu mestilah berusaha dengan sepenuh daya upaya untuk merealisasikan apa yang disukai oleh Allah SWT, dengan tidak sama sekali menafikan atau menolak pengertian “menggalakkan dan menuntut” yang terdapat di dalam ayat ini, kerana ianya berbunyi dengan ungkapan “Allah SWT tidak melarang kamu…” Ini kerana ungkapan seumpama ini adalah untuk menolak apa yang terlekat di dalam pemikiran Muslim, yang mana masih lagi berlaku sehingga ke hari ini.
Sesiapa sahaja yang menyalahi ajaran Islam tidak berhak baginya mendapat kebaikan, keadilan dan pergaulan yang baik. Lantaran itu, Allah SWT menjelaskan bahawa Dia tidak melarang orang Islam untuk melakukan sedemikian, meskipun orang-orang itu menyalahi agama mereka, bahkan sekalipun mereka memeranginya dan bermusuhan terhadapnya.”
Sudah sampai masanya bagi para ulama’ menginterpretasikan apa yang didapati daripada teks-teks klasik ulama’ silam supaya sesuai dengan kerangka masa kini tanpa meninggalkan batasan syarak. Tidak cukup hanya sekadar menukilkan apa yang dicatatkan pada lembaran kertas daripada kitab-kitab silam, bahkan para ulama’ perlu turun ke lapangan bagi memahami kitab al-waqi’ ('membaca' realiti semasa). Kemampuan untuk berinteraksi dengan teks-teks klasik inilah yang akan membawa umat Islam ke satu paradigma yang jauh ke hadapan dan lebih berpijak kepada realiti sebenar pada zaman sekarang serta tidak ketinggalan dalam arus perdana. Dengan itu, akan terzahirlah Islam sebagai agama yang bersifat rahmatan li al-‘alamin (memberi rahmat ke seluruh alam jagat).
Semoga dengan pencerahan ini menjadikan kita sentiasa berada di landasan yang sebenarnya mengikut neraca syariah.
Akhukum Fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
19 Disember 2016 / 19 Rabi’ al-Awwal 1438H
__________________________________________________
[1] Al-Maraghi, Mustafa. Tafsir al-Maraghi, terj., 1/174.
[2] Syed Qutb. Fi Zilal al-Qur’an (terj.), 10/102
[3] https://en.oxforddictionaries.com/definition/merry
[4] https://en.oxforddictionaries.com/definition/christmas
[5] https://en.oxforddictionaries.com/definition/christ
[6] https://en.oxforddictionaries.com/definition/mass
[7] Reverend John Trigilio Jr. & Reverend Kenneth Brighenti. The Catholicism Answer Book: The 300 Most Frequently Asked Questions , m.146.
[8] The Oxford Dictionary of the Christian Church (ed. E.A. Livingstone). m. 335-336.
[9] Rujuk http://www.statistics.gov.my/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=117&bul_id=MDMxdHZjWTk1SjFzTzNkRXYzcVZjdz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09
[10] http://www.operationworld.org/country/malc/owtext.html
[11] Al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq Ghawamidh al-Tanzil, jil. 4, m. 374.
[12] Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 1113.
[13] Ibn Kathir, Tafsri Ibn Kathir, 3/309.
[14] Ibn al-Qayyim. Ahkam Ahl al-Zimmah, 1/441.
[15] Al-Maliki, Muhammad Ahmad ‘Alish. Fath al-‘Ali al-Malik fi al-Fatawa ‘ala Mazhab al-Imam al-Malik, jil. 2, m. 350.
[16] Al-Hattab al-Ru'yani, Muhammad Abu 'Abd Allah ibn Muhammad at-Tarabulsi. Mawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar al-Khalil, jil. 6, m. 289.
[17] Al-Maraghi, Mustafa. Tafsir al-Maraghi (terj.)14/6969.
[18] Al-Razi, Al-Fakhr al-Razi. Tafsir Mafatih al-Ghaib, 5/221.
[19] Al-Maraghi, Mustafa. Tafsir al-Maraghi (terj.)?/1506.
[20] Ibn ‘Abidin. Radd al-Muhtar 'ala al-Durr al-Mukhtar, 1/624
[21] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tahniah
[22] http://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?sec=fatwa&ID=13237
[23] http://www.e-cfr.org/fatwa/3ما-حكم-تهنئة-غير-المسلمين-بأعيادهم؟-/
[24] Ia adalah gelaran kepada pemerintah Mesir berbangsa Qibti kuno.
[25] Ia ada terdapat dalam hadis yang panjang dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan: “Dibolehkan seorang Muslim menghadiahkan orang Musyrik pakaian dan selainnya.” Rujuk Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/38


Sumber Asal : KLIK di sini

Memaknai Ibadah

Memaknai Ibadah