Terdapat sekurangnya hampir 232 tiang-tiang di Masjid Nabawi. Di antara
ratusan tiang tersebut, ada beberapa tiang yang memiliki sejarah dan kisah.
Meskipun beberapa kali mengalami perluasan, tukar ganti tiang lama. Dibina
di tempat asal tiang-tiang dibina daripada batang pohon tamar di Zaman
Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah tempat tiang-tiang ini tetap terjaga. Sehingga
kini tiang-tiang tersebut diberi tanda untuk dikenali para peziarah.
Para Ulama telah
memberi tiga pendapat mengenai makna Raudhah (taman Syurga).
Pertama, tempat
ini akan sentiasa dilimpahi rahmat Allah s.w.t sebagaimana taman syurga yang
sentiasa penuh dengan rahmat.
Kedua, Ibadat di
tempat ini adalah penyebab untuk mendapat taman syurga, yakni satu taman
daripada taman syurga akan diberi kepada seseorang yang beribadat di tempat ini.
Ketiga, tempat ini
pada hakikatnya adalah satu bahagian daripada syurga yang telah dipindahkan ke
dunia. Nanti akan dibawa semula ke syurga sebagaimana keadaan asalnya.
Mengikut hadith dalam kitab sahih Bukhari, para sahabat r.a amat gemar bersolat berdekatan dengan tiang-tiang ini. Ada lapan tiang yang secara khususnya mempunyai sejarah dan dikenali
Berikut ini adalah
nama-nama tiang (usthuwaanah) yang berada di dalam Raudhah Masjid Nabawi
اَلأُسْطُوَانَة المُخَلَّقَةُ tiang Wangi
Inilah tempat yang Rasulullah s.a.w selalu bersolat. Ianya juga
dikenali dengan nama أسْطُوَنَة
حَنَّاَنة. Tempat berlakunya peristiwa batang tamar sewaktu Rasulullah
s.a.w berpindah menyampaikan khutbah di atas mimbar. Para sahabat selalu
menyapu minyak wangi di tempat itu sebagai tanda tempat solat Rasulullah s.a.w.
oleh sebab itulah wujudnya nama Tiang Wangi.
اَلأُسْطُوَانَة عائشة tiang
Saidatina Aisyah
Dikenali juga sebagai الأسطوانة المهاجرين kerana
kebiasaannya golongan Muhajirin mengadakan majlis mereka disitu. Pada mulanya
di sinilah tempat Rasulullah s.a.w bersolat, kemudian baginda memilih tempat
yang diceritakan diatas. Tiang ini adalah yang ketiga dari mimbar, ketiga dari
makam Rasulullah s.a.w
Dalam sebuah hadith riwayat Saidatina Aishah r.a bahawa Rasulullah
s.a.w telah bersabda “Ada satu tempat dalam masjid ini jika manusia tahu hal
keadaannya, maka undian terpaksa dibuat kerana masing-masing akan berebut
untuknya.” Orang ramai telah bertanya kepada Saidatina Aishah r.a “Tempat yang
mana satu?” Pada mula beliau enggan memberitahu, akhirnya beliau memberitahu.
Sebab itulah ia dipanggil Ustuwanah ‘Aishah kerana dengan petunjuk dan hadith
daripada beliau tempat ini menjadi pilihan.
الأسطوانة التوبة tiang Taubat
Terkenal juga sebagai اسطوانة اأبي لبابة tiang ke empat dari Mimbar, yang kedua dari makam Rasulullah
s.a.w dan yang ketiga dari kedudukan kiblat.
الأسطوانة السرير Tiang
Katil
Diriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w juga pernah beriktikaf di sini. Sebahagian Ulama berkata
bahawa semasa beriktikaf, pada waktu malam Baginda akan berehat di sini. Sebab
itulah nama ini diberikan, makna asal Sarir adalah katil. Sesuatu yang
diperbuat daripada pelepah tamar telah diletakkan berdekatan tiang tersebut
sebagai tempat rehat Baginda s.a.w.
الأسطوانة المحرس Tiang
Pengawal
Terletak di sebelah
utara tiang katil, juga dikenali dengan nama tiang Ali bin Abi Talib r.a kerana
beliau selalu bersolat dan duduk di bahagiannya yang bersambung dengan rumah
Rasulullah s.a.w untuk menjaga Baginda Rasulullah s.a.w.
الأسطوانة الوفود Tiang
Utusan
Kebiasaannya para
utusan datang untuk berjumpa Rasulullah s.a.w mereka akan duduk disini. Baginda
akan datang ke tempat ini untuk bercakap mengenai hukum-hakam.
الأسطوانة تهجد Tiang
tahajud
Tiang ini terletak
dibelakang rumah saidatina Fatimah r.a di sebelah utarra. Kini, berada di dalam
makam. Apabila kita berdiri di depannya, pintu Jibril berada disebelah kiri.
الأسطوانة مربعة القبر Tiang Empat persegi kubur
Juga dikenali sebagai
tiang Jibril. Para Ulama menulis bahawa inilah tempat khusus yang didatangi Malaikat
Jibril a.s, kini tiang ini tidak dapat dilihat dari luar kerana ia telah
dimasukkan ke dalam binaan makam.
Menurut ahli sejarah,
tiang –tiang ini dibina di tempat yang asal semasa pembaharuan binannya.
Sebenarnya tiada satu
tempat pun di dalam masjid Nabawi yang tidak dipijak oleh tapak kaki Rasulullah
s.a.w yang mulia dan juga tidak dijak para sahabat dalam solat mereka. Bukan
hanya Masjid Nabawi bahkan tiada bahagian dalam kota Madinah yang tidak dipijak
oleh insan-insan mulia seperti mereka. Oleh sebab itu, semua tempat di sana
penuh keberkatan. Semoga Allah s.w.t memberi kita taufik untuk mengambil faedah
daripada keberkatannya.
-----------------------------------------------------------------------------------------
DaftarUmrah.com adalah satu sistem sokongan pra-umrah yang disediakan kepada bakal Jemaah umrah & ziarah di Malaysia.
Sistem ini merupakan satu inovasi dalam pengurusan umrah di peringkat domestic (inbound) merangkumi 10 manfaat tambahan yang tidak ditawarkan oleh syarikat-syarikat umrah yang lain.
Hasil kerjasama pintar dengan syarikat insurans, syarikat pengangkutan, rangkaian inapdesa (homestay) dan syarikat catering, 10 manfaat tambahan berikut kami tawarkan termasuk urusan dokumentasi secara PERCUMA dengan harga pakej umrah yang sama. Tiada cas tersembunyi dan bayaran tambahan yang dikenakan.
10 manfaat mendaftar melalui DaftarUmrah.com
1- Konsultansi Percuma✔
2- Penginapan Percuma*✔
3- Pengangkutan Percuma*✔
4- Makan & Minum Percuma*✔
5- Tuntutan Pembatalan Perjalanan✔
6- Tuntutan Kehilangan Bagasi✔
7- Tuntutan Kemalangan Diri✔
8- Tuntutan Kos Perubatan Diri✔
9- Tuntutan Bantuan Kos Pengebumian✔
10- Tuntutan Musibah Kematian✔
Sila hubungi perunding kami di talian berikut untuk maklumat lanjut.
Tempat adalah terhad.
Mobile : (call/sms/whatsapp)
016 213 6114
016 215 6114
013 672 1089
013 628 1788
Pejabat: 03-8861 3361
DaftarUmrah.com
Lot D-1-5, Level 1 Blok D,
Ayer@8, Jalan P8G Presint Putrajaya,
Wilayah Persekutuan, Malaysia
email: info@daftarumrah.com
website: http://daftarumrah.com/
facebook page : www.facebook.com/daftarumrahmalaysia
DaftarUmrah.com adalah satu sistem sokongan pra-umrah yang disediakan kepada bakal Jemaah umrah & ziarah di Malaysia.
Sistem ini merupakan satu inovasi dalam pengurusan umrah di peringkat domestic (inbound) merangkumi 10 manfaat tambahan yang tidak ditawarkan oleh syarikat-syarikat umrah yang lain.
Hasil kerjasama pintar dengan syarikat insurans, syarikat pengangkutan, rangkaian inapdesa (homestay) dan syarikat catering, 10 manfaat tambahan berikut kami tawarkan termasuk urusan dokumentasi secara PERCUMA dengan harga pakej umrah yang sama. Tiada cas tersembunyi dan bayaran tambahan yang dikenakan.
10 manfaat mendaftar melalui DaftarUmrah.com
1- Konsultansi Percuma✔
2- Penginapan Percuma*✔
3- Pengangkutan Percuma*✔
4- Makan & Minum Percuma*✔
5- Tuntutan Pembatalan Perjalanan✔
6- Tuntutan Kehilangan Bagasi✔
7- Tuntutan Kemalangan Diri✔
8- Tuntutan Kos Perubatan Diri✔
9- Tuntutan Bantuan Kos Pengebumian✔
10- Tuntutan Musibah Kematian✔
Sila hubungi perunding kami di talian berikut untuk maklumat lanjut.
Tempat adalah terhad.
Mobile : (call/sms/whatsapp)
016 213 6114
016 215 6114
013 672 1089
013 628 1788
Pejabat: 03-8861 3361
DaftarUmrah.com
Lot D-1-5, Level 1 Blok D,
Ayer@8, Jalan P8G Presint Putrajaya,
Wilayah Persekutuan, Malaysia
email: info@daftarumrah.com
website: http://daftarumrah.com/
facebook page : www.facebook.com/daftarumrahmalaysia
No comments:
Post a Comment