Pengajian Bersiri Manasik Haji dan Umrah dengan menekankan method pengajian secara Talaqqi Berkitab untuk memelihara keaslian ilmu manasik Haji dan Umrah

Sunday, 9 October 2016

Lokasi Abrahah dan tentera bergajah di serang burung Ababil (Gambar)

Sejarah dari lembah ini sangat terkenal di kalangan umat Islam. Di tempat tersebut merupakan lokasi terjadinya penyerangan terhadap Raja Abrahah  dan pasukan bergajah yang ketika itu dalam perjalanan untuk menghancurkan Kaabah. Namun belum sampai kepada tujuan utama, Raja Abrahah telah dihentikan dengan adanya murka Allah SWT. Hal ini ditandai dengan burung-burung Ababil yang melempar pasukan bergajah dengan batu-batu yang berasal dari neraka.
Wadi Muhassir
Lembah Muhassir atau disebut juga dengan Wadi Muhassir merupakan salah satu lembah yang terdapat di antara Mina dan Muzdalifah. Jemaah haji atau umrah hendak melaksanakan jumroh dan bermalam di Mina maka akan melalui lembah ini. Nama Muhassir sendiri berasal dari kata “Hasr” yang maksudnya lemah. Pasukan bergajah yang melintasi kawasan lembah tersebut seketika lemah tak berdaya dan tidak kuat melanjutkan perjalanan menuju Mekkah.


Dari peristiwa pasukan bergajah yang mendapat azab dari Allah SWT, kejadian tersebut dinamakan dengan tahun gajah dan tidak lama kemudian lahirlah seorang Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW selepas itu.




Satu hal Sunnah yang perlu dilakukan oleh jemaah haji ketika melalui lembah ini, iaitu mempercepatkan perjalanan.

Sekiranya jemaah menggunakan bas, maka kenderaan tersebut harus lebih cepat. Tiada ibadah haji yang dilakukan di tempat ini, namun ketika perjalanan pulang dari Muzdalifah ke Mina, lembah ini akan dilalui. Tidak banyak penduduk yang menetap di lembah ini, sebahagian mereka menyebutnya sebagai wadi syaitan atau wadi api.

Sunnah untuk mempercepat jalan atau kenderaan ketika melalui lembah Muhassir. Hal ini telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Qayyim, bahwasannya Nabi SAW ketika melewati lembah Muhassir, Baginda menggerakkan unta betinanya dan mempercepat kelajuannya. 

Tidak hanya di lembah Muhassir, Nabi Muhammad SAW selalu melakukan hal yang sama ketika melalui tempat-tempat yang dahulunya merupakan tempat turunnya azab atau murka Allah SWT.


Kini, di lembah tersebut telah dibangunkan sebuah jambatan yang menghubungkan secara langsung ke Mina. Selain disunahkan untuk berjalan cepat, jemaah juga harus memperbanyak tahlil dan doa seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.


Doanya adalah

“Ya Allah jangan bunuh kami semua dengan amarah-Mu dan jangan hancurkan kami semua dengan siksaanmu, dan selamatkan kami semua dari semua bencana itu. Aku memohon perlindungan kepada Allah yang Maha Mendengar dari godaan syaitan yang terkutuk."

Berbeza dengan umat muslim yang telah diberi tuntunan dari Rasulullah. Pada zaman Jahiliyah kaum itu berdiri lama di tempat ini dengan perasaan sombong dan bongkak.


Ehsan google


******
EMRAZ TRAVEL AND TOURS SDN BHD *✈   membawakan 


(PENGAJIAN TALAQQI KITAB MANASIK HAJI DAN UMRAH)

KHAS UNTUK ANDA 
YANG BAKAL
 MENJADI TETAMU ALLAH/ BAKAL MUTAWWIF/ AGEN SYARIKAT UMRAH/ PENUNTUT ILMU


HANYA untuk 100 orang SAHAJA!!!

Untuk Pendaftaran dan Pertanyaan Lanjut, Sila hubungi kami:-
☎ 03-88613361 (Office)📱  
     016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp)📱 
 016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

klik Link di bawah


📧daurahmanasik@gmail.com
------------------------------------------------------------
DAFTAR SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!


No comments:

Post a Comment

Memaknai Ibadah

Memaknai Ibadah