Pengajian Bersiri Manasik Haji dan Umrah dengan menekankan method pengajian secara Talaqqi Berkitab untuk memelihara keaslian ilmu manasik Haji dan Umrah

Friday 30 September 2016

Gambar tempat Baiah Ridhwan



 dikatakan bekas tapak Masjid Bai’ah Ar-Radhwan yang terletak dibahagian kiblat Masjid Hudaubiyah.


Tempat di mana Rasulullah s.a.w memetrai Baiah atau perjanjian Ridhuan bersama orang Quraisy Mekah. 


ehsan google

Masjid Hudaibiyah bersebelahan tapak sejarah baiah Ridhwan

ehsan google
Ianya terletak di daerah Al-Hudaibiyah.

Daerah yang berada di perjalanan antara Makkah ke Jeddah. Jaraknya kurang lebih 25 km dari Masjidil Haram. Kini dikenal dengan nama daerah Al-Syumaisyi.

Di namakan Hudaibiah berasal dari nama seorang lelaki menggali telaga di tempat tersebut, kemudian dinisbahkan daerah itu kepadanya dan diberi nama daerah Hudaibiah begitu juga telaganya.

Berhampiran telaga terdapat pohon yang cukup rendang, namanya pohon Hadba’.

Di tempat inilah dan di bawah pohon telah terjadi baiah. Disebut juga dengan baiah al-Ridhwan yang dilakukan Rasulullah saw di bawah pohon.  Ianya terjadi di bawah pohon sebagai mana tertera dalam Al-Quran surah al-Fath:18

لَّقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ

”Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon”

Di daerah ini pula dan di tahun yang sama telah terjadi perdamaian antara Rasulallah saw dengan orang orang kafir Makkah selama 10 tahun. Yang menulis perjanjian perdamaian pada waktu itu adalah Imam Ali bin Abi thalib ra. Setelah perdamaian berjalan selama 2 tahun, orang orang kafir Makkah melanggar perjanjian. Perdamaian ini terkenal dengan nama perdamaian Hudaibiyah.



******
EMRAZ TRAVEL AND TOURS SDN BHD *✈   membawakan 


(PENGAJIAN TALAQQI KITAB MANASIK HAJI DAN UMRAH)
KHAS UNTUK ANDA YANG BAKAL MENJADI TETAMU ALLAH/ BAKAL MUTAWWIF/ AGEN SYARIKAT UMRAH/ PENUNTUT ILMU


HANYA untuk 100 orang SAHAJA!!!

Untuk Pendaftaran dan Pertanyaan Lanjut, Sila hubungi kami:-
☎ 03-88613361 (Office)📱  
     016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp)📱 
 016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

klik Link di bawah


📧daurahmanasik@gmail.com
------------------------------------------------------------
DAFTAR SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!






Thursday 29 September 2016

Haji di zaman dahulu

"Dan serukanlah kepada umat manusia supaya mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang kepada Rumah-Mu dengan berjalan kaki, dan menunggangi unta yang kurus, yang datangnya dari segenap ceruk penjuru atau pelusuk yang jauh."
(surah al Hajj: 27)
Ibadah Haji adalah kemuncak pengabdian insan Muslim dalam iktikadnya terhadap Allah SWT. Kerana Haji merupakan rukun Islam kelima.
Menunaikan Haji pada zaman dahulu pastilah amat berbeza dengan menunaikan Haji pada masa kini. Zaman lalu sangat kurang yang pergi ke sana menaiki pesawat bahkan dengan menaiki kapal laut memakan masa berbulan lamanya.
Alatan-alatan juga belum secanggih alaf ini sehingga mereka, para jemaah benar-benar kental semangat dan kuat dalam menghadap pelbagai suasana dan situasi.
Dan disini himpunan gambar-gambar Jemaah haji di tahun 1953 dari serta sumber yang menjadi kenangan.

Jemaah Haji sedang memasak di Arafah


Solat dihadapan salah satu pintu masuk Masjidil Haram


Suasana di pasar yang berdekatan dengan Masjidil Haram














 Para Jemaah Haji tiba pelabuhan

 Jemaah yang sedang melakukan ibadah tawaf









Monday 26 September 2016

TIDAK BOLEH dilakukan selepas melakukan tawaf wada'

Apakah perkara-perkara yang TIDAK BOLEH 
dilakukan selepas melakukan tawaf wada' 
(tawaf selamat tinggal)?

















Sumber: Tabung Haji 

KLIK
link di sini

Thursday 22 September 2016

Puisi untuk Tanah Suci


Jelang subuh merambati
Memasuki halamanMu terbayang Masjidil Haram Makkah Al-Mukarramah mendera-dera
Di depan Ka'bah pertama kali kulantunkan do'a untukmu berjuta deras air mata mengalir
Tatkala dahi bersujud di permaidani masjid-Mu
Terasa gigilan yang amat sangat
Sebab menahan rasa haru dan syukur
Subhanallah...
Hanya Engkau ya Allah, yang mengetahui setiap apa yang tersembunyi di balik hati ini
Yang tak mampu tertuang dengan sebatas kata

Setiap kali azan berkumandang di bumi penuh berkah
Setiap kali kaki berjalan memenuhi
Tiada lelah seakan rindu bertemu dengan-Mu
Menjadi aliran energi kehidupan tak bertepi
Subhanallah...
Maha Suci Allah Yang Menciptakan Alam Duniawi...
Menumbuhkan rindu berapi-api akan Tanah Suci
Rindu ingin selalu beribadah tiada henti
Rindu melantunkan do'a dan mengadu pada-mu.
Menangis dan bermunajat kehadirat-Mu

Rindu pada harumnya Ka'bah yang mulia
Ingin bertawaf memuliakanmu
Rindu pada Safa Dan Marwa yang mengajarkan makna beribu pengorbanan Siti Hajar dan Nabi Ismail
Rindu air Zam-Zam-Mu yang mampu mengusir dahaga berjuta tamu-Mu yang datang ke rumah mulia-Mu

Ya Allah... Duhai  Ar-Rahmaan, Ar-Rahiim, Al-Maalik, Al-Qudduus, As-Salaam...

Batinku bagai dimensi tak berbingkai
Saat diriku bersujud hina di hadapan Ka’bah...
Begitu dekat terasa dengan-Mu
Untaian do'a dengan menangis di Multazam, Tempat paling mustajab
Tempat semua doa akan terjawab
Dalam balutan kain putih
Bersama jiwa-jiwa lain yang merindu pada-Mu
Yang datang dengan totalitas hati jiwa dan raga
Untuk menjadi tamu-Mu

Dengan hati bergetar, lisan yang berucap ‘Labbaik Allaahumma labbaik, labbaika laa syariikalaka labbaik. Innalhamda wanni’mata, lakawal mulk, laa syariikalak.’ MenujuMu...Menyahut seruanMu.. Berakhir di pelukanMu...
Subhanallah...

Ya Allah,  Engkau mengundangku ke rumah agung-Mu
Kiblat umat muslim sepenjuru dunia
Mungkinkah Engkau memperkenankan aku datang bertamu lagi
Pada diri yang penuh peluh noda dan alfa
Dengan segenap kerinduan yang menggunung Aku akan datang lagi, dengan izin-Mu
Meski harus tertatih...
Meski harus menyeret langkah
Dengan serpihan cinta yang kurekatkan rapat-rapat
Aku ingin kembali
Menjadi tamu-Mu

Ya Allah, ya Robbi...
Betapa rindu aku ingin kembali...
Aku bagaikan petualang yang telah lama tidak pulang dan merasa ingin kembali...
Betapa aku berharap, kerinduan ini cukup untuk menghantarkanku ke Mekkah dan Madinah kembali
Tempat  Rasulullah, sang habibullah berawal dan berakhir...
Menyampaikan salam kepada Rasulullah di Raudhah...
Menyungkurkan taubatku di hadapan kesaksian Ka’bah
Tempat cahaya keislaman memancar dan menjadi ‘rahmatan lil ‘aalamin’...
Tempat terindah untuk dijadikan kiblat di setiap langkah mereka yang mengaku hamba Allah...
Dengan lantunan ayat suci qiyamullail yang menghidup nadi imanku...
Dengan salawat kerinduan pada kekasihMu yang mendamai ragaku...

Aku ingin bertemu kembali ya Rabbul ‘Izzati...
‘Labbaik Allaahumma labbaik, labbaika laa syariikalaka labbaik. Innalhamda wanni’mata, lakawal mulk, laa syariikalak.’ MenujuMu...Menyahut seruanMu.. Berakhir di pelukanMu...

Hingga kini masih kurasa rindu itu
Pada Tanah Haram bumi penuh berkah-Mu
Semoga Allah mengizinkan untuk datang bertamu
Sebelum badan dikandung tanah...

"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); 
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui [al-Quran, al-Baqarah:127] 

Ya Allah, izinkan aku kembali...



 Muthi' Masfu'ah 'Ma'ruf' 

Keberkatan Jumaat dengan al Kahfi

Surat Al-Kahfi merupakan salah satu surah Al-Quran Al-Karim yang mempunyai keagungan dan keutamaan dibanding beberapa surah yang lain.
Ianya mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah 
Namun, tidak sedikit dari kaum muslimin yang masih belum mengetahui keagungan dan keutamaannya, sehingga sebahagian mereka jarang atau bahkan hampir tidak pernah membaca dan menghafalnya.
Terlebih khusus pada hari dan malam Jumat. Mereka lebih suka dan membaca surah Yasin yang dikhususkan pada malam Jumat dengan harapan mendapatkan keutamaannya.
Adapun keutamaan dan keagungan surah Al-Kahfi, maka akan didapatkan oleh setiap muslim dan muslimah yang membacanya dengan niat ikhlas demi mengharap wajah dan redha Allah, mengimani dan menghayati makna-maknanya serta berusaha mengamalkan hukum dan pelajaran yang terkandung di dalamnya sesuai tuntunan Nabi Muhammad s.a.w.

Hadits ini SHOHIH.

Dijelaskan maksud daripada perlindungan dan penjagaan dari fitnah Dajjal ialah sebagaimana sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:
فَمَنْ أَدْرَكَهُ مِنْكُمْ فَلْيَقْرَأْ عَلَيْهِ فَوَاتِحَ سُورَةِ الْكَهْفِ [ فَإِنَّهَا جِوَارُكُمْ مِنْ فِتْنَتِهِ ]
“…maka barangsiapa di antara kalian yang menjumpai Dajjal, hendaknya ia membacakan di hadapannya ayat-ayat pertama surat Al-Kahfi, karena ayat-ayat tersebut (berfungsi) sebagai penjaga kalian dari fitnahnya.”

Wednesday 21 September 2016

Kitab al Taudih



Kitab al Taudih ini amat sesuai untuk dimiliki oleh para Jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. 

Ianya memberi gambaran jelas mengenai ilmu manasik Haji dan Umrah


Buku yang bertajuk Kitab Al Taudih ini sebenarnya hasil karya Imam Al Nawawi Rahimahullah yang bertajuk كتاب الإيضاح في مناسك الحج والعمرة 
(Al Idhah fi Manasik al Hajj wa al Umrah).

Kemudiannya diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkfli Mohammmad al Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para Ulama.



EMRAZ TRAVEL AND TOURS SDN BHD *✈   membawakan 

(PENGAJIAN TALAQQI KITAB MANASIK HAJI DAN UMRAH)

KHAS UNTUK ANDA YANG BAKAL MENJADI TETAMU ALLAH/ BAKAL MUTAWWIF/ AGEN SYARIKAT UMRAH/ PENUNTUT ILMU


HANYA untuk 100 orang SAHAJA!!!

Untuk Pendaftaran dan Pertanyaan Lanjut, Sila hubungi kami:-
☎ 03-88613361 (Office)📱  016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp)📱  016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

klik Link di bawah


📧daurahmanasik@gmail.com
------------------------------------------------------------
DAFTAR SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!






Pengajian Bersiri Manasik Haji dan Umrah

EMRAZ TRAVEL AND TOURS SDN BHD *✈   membawakan 

Pengajian TALAQQI
Kitab Manasik Haji dan Umrah



♦ Daurah Manasik adalah Pengajian Bersiri Manasik Haji dan Umrah dengan menekankan method pengajian secara Talaqqi Berkitab untuk memelihara keaslian ilmu manasik dalam melaksanakan ibadah Haji/Umrah.

♦ Daurah Manasik adalah inisiatif syarikat EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd dalam membentuk majlis ilmu berbentuk talaqqi ini.

Sila baca sampai habis dan share informasi berguna ini!!! 👍👍
gambar hiasan: Ehsan Google

♦ Daurah Manasik mensasarkan para tetamu Allah yang akan menunaikan Haji dan Umrah, para penuntut ilmu, para mutawwif, eksekutif dan staff dalam industri haji dan umrah dan lain-lain yang ingin mempelajari dan mendalami ilmu manasik haji dan umrah secara bertalaqqi serta ilmu-ilmu lain di dalam melaksanakan ibadah Haji/Umrah.

🔸Pengajian ini dijalankan selama 3 bulan pada setiap hari Sabtu bermula bulan Oktober - Disember 2016
Ada 12 sesi kelas yang akan diadakan
🔸Setiap sesi, menggunakan kitab At-Taudih dan kitab-kitab yang lain.
Ujian dan sijil hanya akan diberikan kepada mereka yang hadir sekurang-kurangnya 80% kehadiran
🔸Nota disediakan secara online untuk dimuat turun oleh para peserta


======================
MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN
======================
KHAS UNTUK ANDA YANG BAKAL MENJADI TETAMU ALLAH/ BAKAL MUTAWWIF/ AGEN SYARIKAT UMRAH/ PENUNTUT ILMU


HANYA untuk 100 orang SAHAJA!!!

Untuk Pendaftaran dan Pertanyaan Lanjut, Sila hubungi kami:-
☎ 03-88613361 (Office)📱  016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp)📱  016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

klik Link di bawah

📧daurahmanasik@gmail.com
------------------------------------------------------------
DAFTAR SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!
 

Minum air Zamzam, untuk cerdik?

Soalan
Apakah doa yang sesuai untuk dibaca ketika minum air zamzam?


JAWAPAN
Seperti mana yang kita tahu bahawa sunat meminum air zamzam dengan sebanyak-banyaknya. Ini kerana telah thabit dalam Sahih Muslim daripada Abu Dzar RA bahawa Nabi SAW bersabda pada air zamzam:

إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ، وَإِنَّهَا طَعَامُ طَعْمٍ وَشِفَاءُ سُقْمٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya ia adalah berkat, dan ia adalah makanan yang mengenyangkan serta penyembuh kepada penyakit.”
Riwayat Muslim (3075)

Diriwayatkan daripada Jabir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَاءُ زَمْزَمْ لِمَا شُرِبَ لَهُ
Maksudnya: “Air zamzam diminum untuk sebarang tujuan.”
Riwayat Bukhari (6949)


Sesungguhnya ramai Ulama yang meminum air zamzam untuk pelbagai tujuan dan tuntutan yang mulia, kemudian mereka memperolehinya. Justeru, sunat bagi sesiapa yang meminum air zamzam untuk memohon keampunan atau penyembuh daripada sebarang penyakit dan seumpamanya. Dia hendaklah mengadap kiblat kemudian berzikir kepada Allah SWT, lantas berdoa:

اَللَّهُمَّ إِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَكَ صَلَىَّ الله عليه وَسَلَّمْ قال: مَاءُ زَمْزَمْ لمِاَ شُرِبَ لَهُ، اَللَّهُمَّ وَإِنِّي 
أَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَلِي، اللَّهُمَّ فَاغْفِرْلِي

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa Rasul-Mu SAW bersabda: Air zamzam mengikut apa yang dia niat. Ya Allah, sesungguhnya aku meminumnya supaya Engkau mengampunkan dosaku. Ya Allah, ampunilah bagiku.

Atau dengan membaca:

اَللَّهُمَّ إِنيِّ أَشْرَبُهُ مُسْتَشْفِيًا بِهِ مِن مَرَضِي، اَللَّهُمَّ فَاشْفِنِي

Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya aku minum air ini untuk penyembuhan daripada penyakit yang aku hadapi. Ya Allah, sembuhkanlah aku.

Sunat dia bernafas tiga kali dan minum hingga hilang kehausan. Apabila selesai hendaklah dia memuji Allah SWT.


Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
11 Zulkaedah 1436H bersamaan 26 Ogos 2015

Memaknai Ibadah

Memaknai Ibadah