Perkataan SAFAR bermaksud berubah atau tidak terurus.
Kerana orang yang bermusafir walaupun pada awal perjalanannya kemas dan tersusun rapi tetapi pada akhirnya dalam keadaan kusut-masai dan berubah.
Ini kerana perjalanan telah mengubah keadaannya.
Ulama Fiqh telah membahagi hukum musafir kepada dua:
Musafir taat
Musafir maksiat
Musafir taat: Sama ada yang wajib atau sunat. Adapun yang wajib sepert menunaikan ibadah haji dan yang sunat seperti ziarah menziarahi untuk mengukuhkan silaturrahim
Musafir maksiat: seperti untuk berjudi, merompak, menyamun dan seumpamanya.
Dalil menggalakan kita bermusafir ialah firman Allah SWT
DIA lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
Sesungguhnya haji merupakan salah satu rukun agama daripada sebesar-besar ketaatan kepada Robbul al Alamin. Ianya syiar para Nabi Allah dan hamba Allah SWT yang soleh.
No comments:
Post a Comment