Sejarah
telaga ar-Rumah di Madinah al munawarah.
Telaga milik orang Yahudi ini penting untuk umat Islam. Telaga tersebut perlu dimiliki untuk minum dan berwudhu.
Diceritakan sewaktu Rasulullah s.a.w sampai di Madinah, tiada air yang bersih dan sedap untuk di minum kecuali dari telaga ini. Hal ini kerana kaum muhajirin sudah terbiasa minum dari air zamzam di Makkah.
Satu-satunya sumber air yang ada, iaitu sebuah telaga milik seorang Yahudi, Telaga Rumah namanya atau dikenali Telaga Uthman. Ketika itu kaum muslimin dan penduduk Madinah terpaksa membeli air bersih dari Yahudi tersebut.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang membeli Telaga al-Rumah ini dan mewakafkan airnya kepada orang Muslim, dia akan diberi pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga.” (HR Shahih Bukhari).
Seorang sahabat Rasulullah yang terkenal dermawan, Utsman bin Affan RA segera menawarkan diri untuk membeli telaga Rumah itu. Saidina Utsman menemui Yahudi pemilik telaga dan berurusan untuk membeli telaga Rumah dengan harga yang tinggi.
Meskipun sudah ditawarkan harga yang bagus, Yahudi pemilik
telaga tetap menolak menjualnya. Dia beralasan, sekiranya telaga tersebut
dijual, penghasilan yang diperolehnya setiap hari akan berhenti.
Saidina Utsman kembali menawar telaga tersebut dengan tawaran menarik akan membeli setengah dari telaga tersebut. Jika Yahudi itu setuju, ujarnya maka telaga itu masih dimiliki dengan cara bergilir. Satu hari dimiliki Utsman, keesokannya kembali lagi menjadi milik Yahudi. Begitulah seterusnya.
Yahudi itu pun menerima tawaran Saidina Utsman. Dia merasakan boleh mendapatkan wang banyak dari Saidina Utsman tanpa kehilangan telaga. Utsman pun meminta penduduk Madinah untuk mengambil air tersebut dengan percuma. Ia juga mengingatkan penduduk agar mengambil air dalam jumlah yang cukup untuk dua hari kerana esoknya telaga itu bukan lagi milik Saidina Utsman.
Keesokan hari Yahudi mendapati telaga miliknya tiada pembeli kerana penduduk Madinah masih memiliki persedian air di rumah. Yahudi tersebut menemui Saidina Utsman. Ia meminta Utsman untuk membeli setengah lagi telaga tersebut. SaidinaUtsman setuju, lalu dibelinya maka Telaga Raumah menjadi milik Utsman secara penuh.
Saidina Utsman lalu mewakafkan Telaga Rumah. Sejak itu, telaga tersebut dapat dimanfaatkan oleh siapa saja, termasuk Yahudi pemilik lamanya. Setelah diwakafkan, tumbuhlah di sekitar telaga itu beberapa pohon kurma dan terus bertambah hingga saat ini berjumlah 1.550 pohon.

Jabatan Pertanian Saudi kemudian menjual hasil kebun kurma ini
ke pasar-pasar. Setengah dari keuntungan itu disalurkan untuk anak-anak yatim
dan fakir miskin, sedangkan setengahnya ditabung dan disimpan khusus milik
beliau di salah satu bank atas nama Saidina Utsman bin Affan ra
---------------------------------------------------------------------------------------------
Daurah Manasik adalah pengajian persedian lengkap dan panduan untuk Mutawwif dan bakal Mutawwif serta Jemaah Haji dan Umrah. Method pengajian yang diketengahkan oleh Daurah Manasik adalah pengajian bertalaqqimengenai persedian dan paduan sebelum berangkat ke tanah suci.
Selok belok pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
Bagi mendapatkan ilmu persediaan Manasik Haji dan Umrah yang cukup, masanya kini telah tiba! Anda yang berminat untuk menjadi pegawai pengiring jemaah ke Tanah Suci (mutawwif), jangan lepaskan peluang ini.
Daurah Manasik ini boleh di hadiri oleh semua umat Islam yang berhajat untuk memahami serta membimbing diri sendiri dalam kefahaman mengenai ibadah Haji dan Umrah.
Terbuka buat semua Lelaki dan Wanita. Bimbing diri sendiri. Laksanakan Ibadat dengan kefahaman yang jelas.
Terbuka buat semua Lelaki dan Wanita. Bimbing diri sendiri. Laksanakan Ibadat dengan kefahaman yang jelas.
Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.
Pengajian yang akan dipelajari merangkumi :
1. Adab permusafiran dan permasalahan
2. Isu serta Fatwa semasa berkaitan Haji & Umrah
3. Kemahiran berbahasa Arab
4. Kelebihan dan sirah Makkah dan Madinah
5. Tugas dan ciri seorang Mutawwif/Mutawwifah
6. Kelangsungan Kerjaya dalam industri Umrah & Haji

Kitab Al Taudhih adalah kitab Utama di Daurah Manasik. Kitab Al Taudih ini sebenarnya hasil karya Imam Al Nawawi Rahimahullah yang bertajuk كتاب الإيضاح في مناسك الحج والعمرة
(Al Idhah fi Manasik al Hajj wa al Umrah). Kemudiannya diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkfli Mohammmad al Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para Ulama. Kitab Al Taudhih ini amat sesuai para Jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Ianya memberi gambaran jelas telah ilmu manasik Haji dan Umrah.

Pengajian talqqi ini akan disampaikan oleh tengaja pengajar yang sudah dikenali ramai iaitu al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin yang merupakan mantan Penerbit Rancangan Radio IKIM, adalah kumpulan pertama yang menjadi penggerak IKIMfm.
Beliau bergerak melalui pusat motivasi yang diasaskan sendiri, selain merupakan Pengkursus Haji bertauliah dari TABUNG HAJI juga merupakan Personaliti TV.
al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin giat menyampaikan ceramah dan forum di seluruh negara. Seorang penulis dan kolumnis. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar.
Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.
Peluang kerjaya dalam industri Haji Umrah amat terbuka luas.
Keistimewaan menyertai Kursus mutawwif ini berpeluang
√ Umrah PERCUMA sebagai Mutawwif/Mutawwifah terlatih
√ Menjana potensi pendapatan sambilan
√ Taraf pendidikan tidak terhad
√ Pengalaman mengerjakan Umrah Haji adalah kelebihan
√ Berminat dan bersungguh untuk meyeru dan membimbing jemaah
Hubungi
EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D,
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
☎ 03-88613361 (Office)
016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp)
016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)
016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)
Email: daurahmanasik@gmail.com
Facebook/ Instagram/Twitter: DAURAH MANASIK
No comments:
Post a Comment