Pengajian Bersiri Manasik Haji dan Umrah dengan menekankan method pengajian secara Talaqqi Berkitab untuk memelihara keaslian ilmu manasik Haji dan Umrah

Wednesday, 21 September 2016

Minum air Zamzam, untuk cerdik?

Soalan
Apakah doa yang sesuai untuk dibaca ketika minum air zamzam?


JAWAPAN
Seperti mana yang kita tahu bahawa sunat meminum air zamzam dengan sebanyak-banyaknya. Ini kerana telah thabit dalam Sahih Muslim daripada Abu Dzar RA bahawa Nabi SAW bersabda pada air zamzam:

إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ، وَإِنَّهَا طَعَامُ طَعْمٍ وَشِفَاءُ سُقْمٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya ia adalah berkat, dan ia adalah makanan yang mengenyangkan serta penyembuh kepada penyakit.”
Riwayat Muslim (3075)

Diriwayatkan daripada Jabir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَاءُ زَمْزَمْ لِمَا شُرِبَ لَهُ
Maksudnya: “Air zamzam diminum untuk sebarang tujuan.”
Riwayat Bukhari (6949)


Sesungguhnya ramai Ulama yang meminum air zamzam untuk pelbagai tujuan dan tuntutan yang mulia, kemudian mereka memperolehinya. Justeru, sunat bagi sesiapa yang meminum air zamzam untuk memohon keampunan atau penyembuh daripada sebarang penyakit dan seumpamanya. Dia hendaklah mengadap kiblat kemudian berzikir kepada Allah SWT, lantas berdoa:

اَللَّهُمَّ إِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَكَ صَلَىَّ الله عليه وَسَلَّمْ قال: مَاءُ زَمْزَمْ لمِاَ شُرِبَ لَهُ، اَللَّهُمَّ وَإِنِّي 
أَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَلِي، اللَّهُمَّ فَاغْفِرْلِي

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa Rasul-Mu SAW bersabda: Air zamzam mengikut apa yang dia niat. Ya Allah, sesungguhnya aku meminumnya supaya Engkau mengampunkan dosaku. Ya Allah, ampunilah bagiku.

Atau dengan membaca:

اَللَّهُمَّ إِنيِّ أَشْرَبُهُ مُسْتَشْفِيًا بِهِ مِن مَرَضِي، اَللَّهُمَّ فَاشْفِنِي

Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya aku minum air ini untuk penyembuhan daripada penyakit yang aku hadapi. Ya Allah, sembuhkanlah aku.

Sunat dia bernafas tiga kali dan minum hingga hilang kehausan. Apabila selesai hendaklah dia memuji Allah SWT.


Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
11 Zulkaedah 1436H bersamaan 26 Ogos 2015

No comments:

Post a Comment

Memaknai Ibadah

Memaknai Ibadah