Di Sebalik MIQAT
MIQAT
adalah ketentuan tempat
atau masa untuk berniat Ihram Haji atau Umrah.
Miqat
terbahagi kepada dua iaitu
- · Miqat Zamani (masa)
- · Miqat Makani (tempat)
Adapun
Miqat Zamani
ialah ketentuan masa untuk berniat,
Haji: Iaitu bermula 1 Syawal,
Zulkaedah dan 10 hari pertama Zulhijjah. Keluar fajar pada hari Raya, maka
tidak sah ihram haji selain masa ini. Jika dia ihram dengannya pada lainnya,
maka tidak terangkat haji tetapi dikira umrah daripada Umrah Islam (wajib)
mengikut pendapat yang asah.
Umrah: Sepanjang tahun kecuali
bagi orang yang berniat haji, sehingga selesai semua pekerjaan hajinya.
adapun
Miqat Makani terpecah kepada jemaah LUAR Makkah dan jemaah sekitar Makkah.
Miqat Makani adalah ketentuan tempat untuk jemaah berniat mengerjakan haji atau umrah antaranya, Qarnul Manazil, ZulHulaifah atau Bir Ali, Yalamlam, Al-Juhfah dan Zatul Irqin untuk jemaah luar Makkah
Manakala jemaah (umrah) sekitar Makkah keluar ke tanah Halal seperti Jakranah, Tana'em, Hudaibiyah, Sumaisyi Tanah Halal.
lihat paparan Miqat dibawah
Miqat Makani adalah ketentuan tempat untuk jemaah berniat mengerjakan haji atau umrah antaranya, Qarnul Manazil, ZulHulaifah atau Bir Ali, Yalamlam, Al-Juhfah dan Zatul Irqin untuk jemaah luar Makkah
lihat paparan Miqat dibawah
Miqat
di Qarnul Manazil
Di namakan
juga dengan Qarn al Tha’alib. Ianya adalah Miqat dari Asia. Miqat Makani bagi jemaah Haji Malaysia yang perjalanannya terus ke Makkah ialah melalui Qarnul Manazil ini.
Qarn al Manazil |
Miqat Yalamlam |
No comments:
Post a Comment