Pengajian Bersiri Manasik Haji dan Umrah dengan menekankan method pengajian secara Talaqqi Berkitab untuk memelihara keaslian ilmu manasik Haji dan Umrah

Monday, 3 October 2016

Solat di Masjid ini mendapat pahala Umrah?

Masjid Quba ehsan google





Ianya adalah masjid yang pertama kali dibangunkan oleh Nabi Muhammad SAW  ketika Hijrah, Mekah ke Madinah. Ianya terletak  5 Km arah tenggara kota Madinah.

Di Masjid inilah untuk pertama kalinya solat berjemaah dilakukan secara terang-terangan. Seperti tertera dalam Surat Al-Taubah: 108, Allah memuji masjid ini yang menjadi tempat solat para penduduk Quba’.

“Firman Allah SWT, ‘Sesungguhnya masjid itu yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba) sejak hari pertama, adalah lebih patut bagimu (hai Muhammad) bersolat di dalamnya. Di dalamnya, terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri, dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). 


Masjid Quba.


Keutamaan masjid Quba ini seperti yang disebutkan dalam Hadith Nabi SAW:

"Siapa saja yang bersuci dari rumahnya. Kemudian menuju ke Masjid Quba' dan solat di dalamnya, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala umrah." (HR. Ahmad Nasa'i, Ibnu Majah, Hakim).


Diceritakan dalam hadis yang disampaikan Ibnu Umar RA, dan diriwayatkan Imam Bukhari, Nabi SAW sering berjalan kaki atau dengan haiwan tunggangan untuk berziarah di Masjid Quba’ pada hari Sabtu, kadang kala Isnin.


******
EMRAZ TRAVEL AND TOURS SDN BHD *✈   membawakan 


(PENGAJIAN TALAQQI KITAB MANASIK HAJI DAN UMRAH)

KHAS UNTUK ANDA YANG BAKAL MENJADI TETAMU ALLAH/ BAKAL MUTAWWIF/ AGEN SYARIKAT UMRAH/ PENUNTUT ILMU


HANYA untuk 100 orang SAHAJA!!!

Untuk Pendaftaran dan Pertanyaan Lanjut, Sila hubungi kami:-
☎ 03-88613361 (Office)📱  
     016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp)📱 
 016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

klik Link di bawah


📧daurahmanasik@gmail.com
------------------------------------------------------------
DAFTAR SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!

No comments:

Post a Comment

Memaknai Ibadah

Memaknai Ibadah