Pengajian Bersiri Manasik Haji dan Umrah dengan menekankan method pengajian secara Talaqqi Berkitab untuk memelihara keaslian ilmu manasik Haji dan Umrah

Friday 14 October 2016

al fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin


Sebelum ini nama dan suaranya acap kali terdengar di salah satu corong stesen radio yang terkenal di negara kita. Beliau yang dimaksudkan adalah al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin. Merupakan mantan Penerbit Rancangan Radio IKIM, dan al fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin adalah kumpulan pertama yang menjadi penggerak IKIMfm.


Beliau bergerak melalui pusat motivasi yang diasaskan sendiri, ISLAH INSAN RESOURCES, selain merupakan Pengkursus Haji bertauliah dari TABUNG HAJI juga merupakan Personaliti TV.

al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin giat menyampaikan ceramah dan forum di seluruh negara. Seorang penulis dan kolumnis. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar.

DAURAH MANASIK telah menjemput al fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin dalam usaha sama menjayakan 'Pengajian kitab bertalaqqi'.

Al fadhil Ustaz akan menyampaikan kitab Al Taudhih, yang sebenarnya hasil karya Imam Al-Nawawi yang bertajuk كتاب التوضيح والإيضاح في مناسك الحج والعمرة kemudian diterjemah oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Kitab Al Taudhih ini amat membantu para jemaah dengan gambaran yang jelas tentang ibadah Haji malah membekalkan mengenai Umrah, Kaabah yang berkaitan, Adab-adab bermusafir, Keistimewaan tanah suci dan sebagainya.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D, 
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya

☎ 03-88613361 (Office)

  016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp) 
  016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

No comments:

Post a Comment

Memaknai Ibadah

Memaknai Ibadah