Firman Allah SWT :
جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ
الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ وَالْهَدْيَ وَالْقَلَائِدَ
ۚ ذَٰلِكَ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي
الْأَرْضِ وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Allah menjadikan
Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan
ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan
binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian
itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di
langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu.
SURAH AL-MAAIDAH : 97
Kebiasaannya sebelum kita berangkat melakukan perjalanan Umrah
atau Haji, ramai dikalangan saudara mara, sahabat handai yang ingin menitipkan
doa di Makkah. Kebanyakkan di antara Jemaah yang masih kebingungan, di manakah
tempat yang mustajab untuk berdoa. Pembimbing Jemaah Umrah dan Haji sering juga
ditanya berkali-kali mengenai hal itu.
Jadi, apabila anda ingin menunaikan Umrah atau Haji anda boleh
berdoa di tempat-tempat Mustajab di Makkah atau mungkin sanak saudara yang
sedang mengerjakan Haji mahupun Umrah, boleh titipkan doa di tempat-tempat
mustajab di bawah ini.
Daripada Hassan Al Basri rahmatullah a’laihi taala berkata:
“Tempat-tempat mustajab doa pada tanah haram Makkah Al Mukarramah
iaitu 15 tempat. Maka disunatkan berdoa dengan bersungguh-sungguh padanya”
Tempat Wukuf
|
Sepanjang masa wukuf
|
Multazam
|
Bila-bila masa / Tengah
malam
|
Bawah Pancur Emas
|
1/3 akhir malam
|
Maqam Nabi Ibrahim
|
1/3 akhir malam
|
Kaabah/ Hijr Nabi
Ismail
|
Waktu Asar
|
Di atas Bukit Safa
|
Waktu Asar
|
Di atas Bukit Marwah
|
Waktu Asar
|
Tempat Saie
|
Waktu Asar
|
Di sisi Zam-zam
|
Waktu terbenam Matahari
|
Arafah / Wukuf (afdhal)
|
Waktu terbenam Matahari
|
Muzdalifah
|
Waktu Naik Matahari
|
Di Jamrah Sugra
|
Waktu Naik Matahari
|
Di Jamrah Wusta
|
Waktu Naik Matahari
|
Di Jamrah Kubra
|
Waktu Naik Matahari
|
Mina
|
Waktu tengah malam
hari-hari Tasyreeq
|
Multazam
|
Di Kaabah/ kawasan Hijr Ismail |
Dalam kitab Qadhaya fi al Hajj wa Umrah, karangan Dr. Abla
Muhammad Al Kahlawi mengatakan, bahawa " Di antara fadhilat Maqam Ibrahim
adalah dimaqbulkan setiap doa yang dipanjatkan di tempat tersebut.
Demikian beberapa tempat yang paling mustajab di kawasan Tanah
Haram. Perlu kita fahami bahawa semua doa pasti didengari Allah SWT walau di
mana kita berada. Namun kita mengambil contoh dari Rasulullah SAW, para
sahabat dan Tabiin yang pernah beribadah ditempat-tempat yang telah
disenaraikan di atas. Firman Allah taala
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي
أَسْتَجِبْ لَكُمْ
"Berdoalah
kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Surah Ghafir: 60
Mengenai termakbulnya doa itu tetap menjadi milik Allah SWT
sepenuhnya. Hanya Allah SWT yang mengetahui hal-hal yang terbaik buat
hamba-hambaNya. Kita hanya berikhtiar semaksima dalam berdoa dan memohon
kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment