Tanah
Suci yang
terkenal dengan Baitullah juga memiliki banyak masjid-masjid, bangunan-bangunan,
tapak dan tempat-tempat bersejarah dengan pelbagai kisah yang kerap dikunjungi oleh
Jemaah haji dan umrah. Misalannya, Masjid Jin atau juga di kenali dengan Masjid
al Baiah.
Ianya terletak di tepi al-Hujun iaitu di sebelah
kiri jalan menuju ke perkuburan Ma’la. Lokasinya di kawasan Ghazza atau 1
kilometer dari Masjidil Haram.
Masjid ini dibina di tempat Rasullah SAW melukis
sebuah lingkaran di sekeliling Abdullah bin Masud r.a. Rasulullah SAW telah diperintahkan untuk
memperdengarkan al-Quran kepada kaum Jin. Baginda membawa bersamanya Abdullah
bin Mas’ud.
Sekumpulan Jin telah datang untuk berbaiah
dengan Rasulullah SAW. Mereka telah bertemu dengan Rasulullah SAWdi al-Nakhlah ketika dalam perjalanan pulang .
Peristiwa besar ini diungkapkan dalam al Quran surah Al-Ahqaf
ayat 29-32:
“Dan (ingatlah) ketika Kami menghalakan
serombongan jin kepadamu (wahai Muhammad) yang mendengar Al quran, maka tatkala
mereka menghadiri pembacaan lalu mereka (setengahnya
kepada yang lain) berkata, “Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)!”
Sehingga akhir terjemahan ayat 29-32.
Selain daripada mendengar bacaan al-Quran, Jin-jin ini juga telah meminta Rasulullah SAW agar diberikan makanan (bekalan), maka Rasulullah SAW telah memberikan kepada mereka tulang.
Dalam
riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda:
لَا تَسْتَنْجُوا بِالرَّوْثِ، وَلَا
بِالْعِظَامِ، فَإِنَّهُ زَادُ إِخْوَانِكُمْ مِنَ الْجِنِّ
“Janganlah
kalian beristinjak (bersuci setelah buang air) dengan kotoran dan tulang.
Kerana itu adalah makanan bagi saudara kalian dari kalangan jin.”
(HR.
Tarmizi 18,)
Walaupun sejarah ini tidak termasuk rukun haji, namun para Jemaah haji dan umrah kebiasaannya mengambil ruang dan kesempatan pergi ke Masjid Jin ini untuk menyelusuri sejarah lebih lengkap mengenai masjid
Jin serta mengerjakan ibadah di sana.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Daurah Manasik adalah pengajian persedian lengkap dan panduan untuk Mutawwif dan bakal Mutawwif serta Jemaah Haji dan Umrah. Method pengajian yang diketengahkan oleh Daurah Manasik adalah pengajian bertalaqqi mengenai persedian dan paduan sebelum berangkat ke tanah suci.
Selok belok pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
Bagi mendapatkan ilmu persediaan Manasik Haji dan Umrah yang cukup, masanya kini telah tiba! Anda yang berminat untuk menjadi pegawai pengiring jemaah ke Tanah Suci (mutawwif), jangan lepaskan peluang ini.
Daurah Manasik ini boleh di hadiri oleh semua umat Islam yang berhajat untuk memahami serta membimbing diri sendiri dalam kefahaman mengenai ibadah Haji dan Umrah.
Terbuka buat semua Lelaki dan Wanita. Bimbing diri sendiri. Laksanakan Ibadat dengan kefahaman yang jelas.
Terbuka buat semua Lelaki dan Wanita. Bimbing diri sendiri. Laksanakan Ibadat dengan kefahaman yang jelas.
Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.
Pengajian yang akan dipelajari merangkumi :
1. Adab permusafiran dan permasalahan
2. Isu serta Fatwa semasa berkaitan Haji & Umrah
3. Kemahiran berbahasa Arab
4. Kelebihan dan sirah Makkah dan Madinah
5. Tugas dan ciri seorang Mutawwif/Mutawwifah
6. Kelangsungan Kerjaya dalam industri Umrah & Haji
1. Adab permusafiran dan permasalahan
2. Isu serta Fatwa semasa berkaitan Haji & Umrah
3. Kemahiran berbahasa Arab
4. Kelebihan dan sirah Makkah dan Madinah
5. Tugas dan ciri seorang Mutawwif/Mutawwifah
6. Kelangsungan Kerjaya dalam industri Umrah & Haji
Kitab Al Taudhih adalah kitab Utama di Daurah Manasik. Kitab Al Taudih ini sebenarnya hasil karya Imam Al Nawawi Rahimahullah yang bertajuk كتاب الإيضاح في مناسك الحج والعمرة
(Al Idhah fi Manasik al Hajj wa al Umrah). Kemudiannya diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkfli Mohammmad al Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para Ulama. Kitab Al Taudhih ini amat sesuai para Jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Ianya memberi gambaran jelas telah ilmu manasik Haji dan Umrah.
(Al Idhah fi Manasik al Hajj wa al Umrah). Kemudiannya diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkfli Mohammmad al Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para Ulama. Kitab Al Taudhih ini amat sesuai para Jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Ianya memberi gambaran jelas telah ilmu manasik Haji dan Umrah.
Pengajian talqqi ini akan disampaikan oleh tengaja pengajar yang sudah dikenali ramai iaitu al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin yang merupakan mantan Penerbit Rancangan Radio IKIM, adalah kumpulan pertama yang menjadi penggerak IKIMfm.
Beliau bergerak melalui pusat motivasi yang diasaskan sendiri, selain merupakan Pengkursus Haji bertauliah dari TABUNG HAJI juga merupakan Personaliti TV.
al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin giat menyampaikan ceramah dan forum di seluruh negara. Seorang penulis dan kolumnis. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar.
Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.
Peluang kerjaya dalam industri Haji Umrah amat terbuka luas.
Keistimewaan menyertai Kursus mutawwif ini berpeluang
√ Umrah PERCUMA sebagai Mutawwif/Mutawwifah terlatih
√ Menjana potensi pendapatan sambilan
√ Taraf pendidikan tidak terhad
√ Pengalaman mengerjakan Umrah Haji adalah kelebihan
√ Berminat dan bersungguh untuk meyeru dan membimbing jemaah
Hubungi
EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D,
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
☎ 03-88613361 (Office)
016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp)
016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)
016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)
Email: daurahmanasik@gmail.com
Facebook/ Instagram/Twitter: DAURAH MANASIK
No comments:
Post a Comment