Pengajian Bersiri Manasik Haji dan Umrah dengan menekankan method pengajian secara Talaqqi Berkitab untuk memelihara keaslian ilmu manasik Haji dan Umrah

Monday, 12 December 2016

SEBAB DIWAJIBKAN DAM

Ringkasan SEBAB DIWAJIBKAN DAM

·         Melakukan perkara yang dilarang dalam masa berihram (Larangan dalam Ihram)

·         Meningalkan wajib haji dan umrah

·         Membuat haji tamattu’ atau qiran (menurut syarat-syarat yang wajib di bayar dam)

·         Luput wukuf di Arafah setelah berniat Ihram

·         Meningalkan tawaf Wada’ tanpa uzur syari’e

·         Berlaku hisar (terhalang daripada menyempurnakan baki rukun haji/ Umrah setelah berniat Ihram dengan bersebab ketakutan dari musuh, penyakit dan sebagainya)

·         Melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji

---------------------------------------------------------------------------------

Daurah Manasik adalah pengajian persedian lengkap dan panduan untuk Mutawwif dan bakal Mutawwif serta Jemaah Haji dan Umrah. Method pengajian yang diketengahkan oleh Daurah Manasik adalah pengajian bertalaqqi mengenai persedian dan paduan sebelum berangkat ke tanah suci.

Selok belok pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
Bagi mendapatkan ilmu persediaan Manasik Haji dan Umrah yang cukup, masanya kini telah tiba! Anda yang berminat untuk menjadi pegawai pengiring jemaah ke Tanah Suci (mutawwif), jangan lepaskan peluang ini.

Daurah Manasik ini boleh di hadiri oleh semua umat Islam yang berhajat untuk memahami serta membimbing diri sendiri dalam kefahaman mengenai ibadah Haji dan Umrah.

Terbuka buat semua Lelaki dan Wanita. Bimbing diri sendiri. Laksanakan Ibadat dengan kefahaman yang jelas. 
Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.

Pengajian yang akan dipelajari merangkumi :
1. Adab permusafiran dan permasalahan
2. Isu serta Fatwa semasa berkaitan Haji & Umrah
3. Kemahiran berbahasa Arab
4. Kelebihan dan sirah Makkah dan Madinah
5. Tugas dan ciri seorang Mutawwif/Mutawwifah
6. Kelangsungan Kerjaya dalam industri Umrah & Haji

Kitab Al Taudhih adalah kitab Utama di Daurah Manasik. Kitab Al Taudih ini sebenarnya hasil karya Imam Al Nawawi Rahimahullah yang bertajuk كتاب الإيضاح في مناسك الحج والعمرة 
(Al Idhah fi Manasik al Hajj wa al Umrah). Kemudiannya diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkfli Mohammmad al Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para Ulama. Kitab Al Taudhih ini amat sesuai para Jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Ianya memberi gambaran jelas telah ilmu manasik Haji dan Umrah. 

Pengajian talqqi ini akan disampaikan oleh tengaja pengajar yang sudah dikenali ramai iaitu al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin yang merupakan mantan Penerbit Rancangan Radio IKIM, adalah kumpulan pertama yang menjadi penggerak IKIMfm.
Beliau bergerak melalui pusat motivasi yang diasaskan sendiri, selain merupakan Pengkursus Haji bertauliah dari TABUNG HAJI juga merupakan Personaliti TV.
al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin giat menyampaikan ceramah dan forum di seluruh negara. Seorang penulis dan kolumnis. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar. 

Peluang kerjaya dalam industri Haji Umrah amat terbuka luas.

Keistimewaan menyertai Kursus mutawwif ini berpeluang

√ Umrah PERCUMA sebagai Mutawwif/Mutawwifah terlatih

√ Menjana potensi pendapatan sambilan 

√ Taraf pendidikan tidak terhad

√ Pengalaman mengerjakan Umrah Haji adalah kelebihan

√ Berminat dan bersungguh untuk meyeru dan membimbing jemaah

Hubungi
EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D, 
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya

☎ 03-88613361 (Office)

  016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp) 
  016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

Email: daurahmanasik@gmail.com
Facebook/ Instagram/Twitter: DAURAH MANASIK

Thursday, 8 December 2016

Kisah di sebalik telaga: Telaga ar Rumah di Madinah

Sejarah telaga ar-Rumah di Madinah al munawarah.

Terdapat sebuah telaga bersejarah yang terletak di berhampiran Masjid Qiblatain.
Telaga milik orang Yahudi ini penting untuk umat Islam. Telaga tersebut perlu dimiliki untuk minum dan berwudhu. 

Diceritakan sewaktu Rasulullah s.a.w sampai di Madinah, tiada air yang bersih dan sedap untuk di minum kecuali dari telaga ini. Hal ini kerana kaum muhajirin sudah terbiasa minum dari air zamzam di Makkah.

Satu-satunya sumber air yang ada, iaitu sebuah telaga milik seorang Yahudi, Telaga Rumah namanya atau dikenali Telaga Uthman. Ketika itu kaum muslimin dan penduduk Madinah terpaksa membeli air bersih dari Yahudi tersebut.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang membeli Telaga al-Rumah ini dan mewakafkan airnya kepada orang Muslim, dia akan diberi pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga.” (HR Shahih Bukhari).

Seorang sahabat Rasulullah yang terkenal dermawan, Utsman bin Affan RA segera menawarkan diri untuk membeli telaga Rumah itu. Saidina Utsman menemui Yahudi pemilik telaga dan berurusan untuk membeli telaga Rumah dengan harga yang tinggi.

Meskipun sudah ditawarkan harga yang bagus, Yahudi pemilik telaga tetap menolak menjualnya. Dia beralasan, sekiranya telaga tersebut dijual, penghasilan yang diperolehnya setiap hari akan berhenti.

Saidina Utsman kembali menawar telaga tersebut dengan tawaran menarik akan membeli setengah dari telaga tersebut. Jika Yahudi itu setuju, ujarnya maka telaga itu masih dimiliki dengan cara bergilir. Satu hari dimiliki Utsman, keesokannya kembali lagi menjadi milik Yahudi. Begitulah seterusnya.

Yahudi itu pun menerima tawaran Saidina Utsman. Dia merasakan boleh mendapatkan wang banyak dari Saidina Utsman tanpa kehilangan telaga. Utsman pun meminta penduduk Madinah untuk mengambil air tersebut dengan percuma. Ia juga mengingatkan penduduk agar mengambil air dalam jumlah yang cukup untuk dua hari kerana esoknya telaga itu bukan lagi milik Saidina Utsman.

Keesokan hari Yahudi mendapati telaga miliknya tiada pembeli kerana penduduk Madinah masih memiliki persedian air di rumah. Yahudi tersebut menemui Saidina Utsman. Ia meminta Utsman untuk membeli setengah lagi telaga tersebut. SaidinaUtsman setuju, lalu dibelinya maka Telaga Raumah menjadi milik Utsman secara penuh.

Saidina Utsman lalu mewakafkan Telaga Rumah. Sejak itu, telaga tersebut dapat dimanfaatkan oleh siapa saja, termasuk Yahudi pemilik lamanya. Setelah diwakafkan, tumbuhlah di sekitar telaga itu beberapa pohon kurma dan terus bertambah hingga saat ini berjumlah 1.550 pohon.

Jabatan Pertanian Saudi kemudian menjual hasil kebun kurma ini ke pasar-pasar. Setengah dari keuntungan itu disalurkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin, sedangkan setengahnya ditabung dan disimpan khusus milik beliau di salah satu bank atas nama Saidina Utsman bin Affan ra

---------------------------------------------------------------------------------------------

Daurah Manasik adalah pengajian persedian lengkap dan panduan untuk Mutawwif dan bakal Mutawwif serta Jemaah Haji dan Umrah. Method pengajian yang diketengahkan oleh Daurah Manasik adalah pengajian bertalaqqimengenai persedian dan paduan sebelum berangkat ke tanah suci.

Selok belok pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
Bagi mendapatkan ilmu persediaan Manasik Haji dan Umrah yang cukup, masanya kini telah tiba! Anda yang berminat untuk menjadi pegawai pengiring jemaah ke Tanah Suci (mutawwif), jangan lepaskan peluang ini.
Daurah Manasik ini boleh di hadiri oleh semua umat Islam yang berhajat untuk memahami serta membimbing diri sendiri dalam kefahaman mengenai ibadah Haji dan Umrah.

Terbuka buat semua Lelaki dan Wanita. Bimbing diri sendiri. Laksanakan Ibadat dengan kefahaman yang jelas. 
Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.

Pengajian yang akan dipelajari merangkumi :
1. Adab permusafiran dan permasalahan
2. Isu serta Fatwa semasa berkaitan Haji & Umrah
3. Kemahiran berbahasa Arab
4. Kelebihan dan sirah Makkah dan Madinah
5. Tugas dan ciri seorang Mutawwif/Mutawwifah
6. Kelangsungan Kerjaya dalam industri Umrah & Haji

Kitab Al Taudhih adalah kitab Utama di Daurah Manasik. Kitab Al Taudih ini sebenarnya hasil karya Imam Al Nawawi Rahimahullah yang bertajuk كتاب الإيضاح في مناسك الحج والعمرة 
(Al Idhah fi Manasik al Hajj wa al Umrah). Kemudiannya diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkfli Mohammmad al Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para Ulama. Kitab Al Taudhih ini amat sesuai para Jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Ianya memberi gambaran jelas telah ilmu manasik Haji dan Umrah. 

Pengajian talqqi ini akan disampaikan oleh tengaja pengajar yang sudah dikenali ramai iaitu al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin yang merupakan mantan Penerbit Rancangan Radio IKIM, adalah kumpulan pertama yang menjadi penggerak IKIMfm.
Beliau bergerak melalui pusat motivasi yang diasaskan sendiri, selain merupakan Pengkursus Haji bertauliah dari TABUNG HAJI juga merupakan Personaliti TV.
al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin giat menyampaikan ceramah dan forum di seluruh negara. Seorang penulis dan kolumnis. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar. 

Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.

Peluang kerjaya dalam industri Haji Umrah amat terbuka luas.
Keistimewaan menyertai Kursus mutawwif ini berpeluang

√ Umrah PERCUMA sebagai Mutawwif/Mutawwifah terlatih

√ Menjana potensi pendapatan sambilan 

√ Taraf pendidikan tidak terhad

√ Pengalaman mengerjakan Umrah Haji adalah kelebihan

√ Berminat dan bersungguh untuk meyeru dan membimbing jemaah

Hubungi
EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D, 
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya

☎ 03-88613361 (Office)

  016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp) 
  016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

Email: daurahmanasik@gmail.com
Facebook/ Instagram/Twitter: DAURAH MANASIK

Monday, 5 December 2016

Hukum Perempuan Kematian Suami (di dalam ‘iddah) untuk menunaikan Umrah

Soalan:
Apakah hukumnya bagi perempuan yang telah kematian suaminya dan masih di dalam ‘iddah untuk menunaikan umrah?

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
‘Iddah bagi perempuan yang kematian suami adalah 4 bulan 10 hari dan termasuk di dalam bilangan ‘iddah tersebut adalah hukum ihdad (berkabung) bagi si isteri. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرۡبَعَةَ أَشۡهُرٖ وَعَشۡرٗاۖ
Maksudnya: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. 
(Al-Baqarah: 234)

Sekiranya si isteri kematian suaminya dalam keadaan sedang mengandung, maka ‘iddahnya adalah sehingga perempuan tersebut melahirkan anaknya. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَأُوْلَٰتُ ٱلۡأَحۡمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعۡنَ حَمۡلَهُنَّۚ
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.
(Al-Talaq: 4)
Dalam menempuh bilangan ‘iddah serta berkabung bagi kematian suami, seseorang perempuan itu tidak boleh keluar dari rumahnya sepanjang tempoh ber’iddah tersebut melainkan darurat atau keperluan hajat. Ini juga berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Furay’ah binti Malik bin Sinan yang mana telah bertemu Nabi SAW bertanyakan adakah boleh bagi dirinya untuk pulang ke pangkuan ahli keluargnaya, Bani Khudrah kerana telah kematian suaminya. Lalu jawab Baginda SAW:
امْكُثِي فِي بَيْتِكِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ
Maksudnya: Tetaplah kamu di rumahmu sehingga sampai apa yang telah ditetapkan.
Riwayat Abu Daud (2300) & Al-Tirmizi (1204)

Furay’ah R.Anha telah melengkapkan ‘iddahnya selama 4 bulan 10 hari dan ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin ‘Affan RA, beliau telah menghantarkan seseorang untuk bertanyakan mengenai peristiwa tersebut lalu Furay’ah menceritakan perihal peristiwa tersebut dan Khalifah Uthman RA mengikutinya dan juga berhukum dengannya.
Al-Imam al-Khattabi Rahimahullah menyatakan bahawa berdasarkan hadith di atas, bagi perempuan yang kematian suaminya, perlulah ber’iddah di rumah suaminya dan tidak boleh untuk keluar dari rumah tersebut melainkan dalam keadaan darurat serta hajat dan itulah pendapat al-Imam Malik, al-Thauri, al-Syafi’e, Ahmad dan Muhammad bin al-Hasan Rahimahumullah. 
[ Lihat Ma’alim al-Sunan. Al-Matba’ah al-‘Ilmiyyah, 3/287]

Begitu juga al-Imam Ibn Abd al-Bar Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya al-Istizkar bahawa perempuan yang kematian suaminya perlulah ber’iddah di dalam rumah di mana didiami olehnya sama ada miliknya atau suaminya. Tidak boleh bagi perempuan tersebut untuk menyelesaikan ‘iddahnya kecuali di rumah tersebut dan inilah pendapat al-Imam Malik, al-Syafi’e, Abu Hanifah serta pengikutnya, al-Thauri, al-Auza’ie, al-Laith bin Sa’ad dan Ahmad bin Hanbal Rahimahumullah. 
[Lihat al-Istizkar. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 6/214]

Berdasarkan nas al-Quran serta hadith di atas, para ulama’ sepakat mengatakan bahawa hukum perempuan yang dalam ‘iddah kematian suaminya tidak boleh keluar sebaliknya haruslah tetap berada di dalam rumah suaminya sehingga sempurna ‘iddahnya.

Kesimpulan
Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, tidak boleh untuk seorang perempuan keluar dari rumahnya ketika sedang ber’iddah melainkan terdapat perkara yang darurat ataupun keperluan hajat yang dibenarkan oleh syara’. Oleh itu, tidak boleh juga bagi perempuan yang kematian suaminya untuk keluar menunaikan umrah sebelum sempurna ‘iddahnya. Ibadah umrah itu masa untuk melakukannya adalah sangat luas, maka boleh sahaja dilakukan selepas tamat ‘iddah.
Begitu juga di dalam ibadah haji. Telah sepakat di dalam mazhab yang empat bahawa perempuan yang kematian suaminya maka tidak boleh untuk keluar dari rumah bagi mengerjakan haji. Ini sepertimana yang diriwayatkan daripada Umar, Uthman R.Anhuma. Ianya juga adalah perkataan Sa’id bin al-Musayyib, al-Qasim, Malik, al-Syafi’e, Abu ‘Ubaid dan juga Ashab al-Ra’yu. Pernah diriwayatkan juga daripada Mujahid daripada Sa’id bin al-Musayyib telah berkata bahawa Umar RA pernah memanggil pulang wanita-wanita yang kematian suami yang menuju untuk melakukan ibadah haji di Zu al-Kulaifah sehinggalah mereka ber’iddah di rumah mereka.
 [Lihat al-Mughni. Maktabah al-Qaherah, 8/168 & al-Majmu’. Dar al-Fikr, 18/172-173]

Berdasarkan buku Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah yang diterbitkan oleh Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji yang mana sekiranya seorang wanita yang telah mendapat keizinan suaminya untuk menunaikan ibadah haji, namun sebelum sempat bertolak, suaminya telah meninggal maka perempuan tersebut tidak boleh untuk keluar menunaikan haji kerana syara’ tidak membenarkan untuk keluar dari rumah. 
[Lihat Soal Jawab Ibadah haji, Umrah dan Ziarah. Terbitan Bahagian Lembaga Tabung Haji. Kemaskini 2015. Hlm. 13]

Adapun jika perempuan itu keluar juga dari rumahnya untuk menunaikan umrah, maka perbuatannya itu haram dan berdosa namun sah hukumnya bagi ibadah umrah yang telah dilakukan tersebut.
Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

6 Disember 2016 bersamaan 6 Rabi’ al-Awwal 1438 H.

KLIK pautan asal di sini

---------------------------------------------------------------------------------------------

Daurah Manasik adalah pengajian persedian lengkap dan panduan untuk Mutawwif dan bakal Mutawwif serta Jemaah Haji dan Umrah. Method pengajian yang diketengahkan oleh Daurah Manasik adalah pengajian bertalaqqimengenai persedian dan paduan sebelum berangkat ke tanah suci.

Selok belok pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
Bagi mendapatkan ilmu persediaan Manasik Haji dan Umrah yang cukup, masanya kini telah tiba! Anda yang berminat untuk menjadi pegawai pengiring jemaah ke Tanah Suci (mutawwif), jangan lepaskan peluang ini.
Daurah Manasik ini boleh di hadiri oleh semua umat Islam yang berhajat untuk memahami serta membimbing diri sendiri dalam kefahaman mengenai ibadah Haji dan Umrah.

Terbuka buat semua Lelaki dan Wanita. Bimbing diri sendiri. Laksanakan Ibadat dengan kefahaman yang jelas. 
Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.

Pengajian yang akan dipelajari merangkumi :
1. Adab permusafiran dan permasalahan
2. Isu serta Fatwa semasa berkaitan Haji & Umrah
3. Kemahiran berbahasa Arab
4. Kelebihan dan sirah Makkah dan Madinah
5. Tugas dan ciri seorang Mutawwif/Mutawwifah
6. Kelangsungan Kerjaya dalam industri Umrah & Haji

Kitab Al Taudhih adalah kitab Utama di Daurah Manasik. Kitab Al Taudih ini sebenarnya hasil karya Imam Al Nawawi Rahimahullah yang bertajuk كتاب الإيضاح في مناسك الحج والعمرة 
(Al Idhah fi Manasik al Hajj wa al Umrah). Kemudiannya diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkfli Mohammmad al Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para Ulama. Kitab Al Taudhih ini amat sesuai para Jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Ianya memberi gambaran jelas telah ilmu manasik Haji dan Umrah. 

Pengajian talqqi ini akan disampaikan oleh tengaja pengajar yang sudah dikenali ramai iaitu al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin yang merupakan mantan Penerbit Rancangan Radio IKIM, adalah kumpulan pertama yang menjadi penggerak IKIMfm.
Beliau bergerak melalui pusat motivasi yang diasaskan sendiri, selain merupakan Pengkursus Haji bertauliah dari TABUNG HAJI juga merupakan Personaliti TV.
al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin giat menyampaikan ceramah dan forum di seluruh negara. Seorang penulis dan kolumnis. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar. 

Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.

Peluang kerjaya dalam industri Haji Umrah amat terbuka luas.
Keistimewaan menyertai Kursus mutawwif ini berpeluang

√ Umrah PERCUMA sebagai Mutawwif/Mutawwifah terlatih

√ Menjana potensi pendapatan sambilan 

√ Taraf pendidikan tidak terhad

√ Pengalaman mengerjakan Umrah Haji adalah kelebihan

√ Berminat dan bersungguh untuk meyeru dan membimbing jemaah

Hubungi
EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D, 
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya

☎ 03-88613361 (Office)

  016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp) 
  016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

Email: daurahmanasik@gmail.com
Facebook/ Instagram/Twitter: DAURAH MANASIK

Sunday, 4 December 2016

Adab-Adab di Tanah Haram, Makkah.

MAKKAH, bandar suci umat Islam di mana terletaknya Masjid Al-Haram dan Baitullah iaitu Kaabah.. Berada di Tanah Haram Makkah menjadi impian muslim yang beriman untuk datang beribadah, tidak kira walau dari pelusuk mana pun tempat asal mereka. Perasaan rindu yang sentiasa terpaut inilah yang mungkin di rasai oleh setiap muslim tatkala ada ahli keluarga, sahabat dan kenalan yang akan berangkat ke tanah suci.
Rindu ingin selalu beribadah tiada henti
Rindu melantunkan do'a dan mengadu pada-mu.
Menangis dan bermunajat kehadirat-Mu

Firman Allah SWT yang terakam jelas di dalam al Quran
 ومن يعظم شعائر الله فإنها من تقوى القلوب
Barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.
Surah al- Haj ayat 32
Para alim Ulama telah menggaris dan menyusun Adab-adab ketika berada di tanah haram Makkah. Di antaranya adalah
1.   Menunjukkan Akhlak yang Mulia
Dilakukan dengan penuh akhlak yang mulia dan kelemah-lembutan, serta dengan sikap tawadhu’ yakni rendah hati ketika dia berkendaraan, bersinggah sementara pada suatu tempat dan dalam bergaul bersama yang lainnya, dan bahkan dalam segala hal keadaannya.

2.   Menyedari diri sebagai tetamu Allah
Dan termasuk bentuk pengagungan seorang yang beribadah haji atau umrah terhadap syi’ar-syi’ar Allah adalah menyibukkan dirinya dengan banyak berzikir, bertakbir, bertasbih, bertahmid dan istighfar
Dan sungguh Allah pun telah memerintahkan para hambaNya untuk mengagungkan, memuliakan dan menjaga kehormatan sya’airullah (syi’ar-syi’ar Allah). Allah berfirman:
“Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya…”  al-Hajj: 32.
3.   Memahami perjalanan tersebut adalah ibadah
Pembiayaan untuk pelaksanaan haji tersebut berasal dari harta yang halal. Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah Maha Baik, dan Ia tidak menerima kecuali hal yang baik…”.
(HR Muslim, 1015)
4.   Redha dengan apa yang disediakan
5.   Menjauhi percakapan dan perbuatan keji.
6.   Mengelakkan diri dari bersikap sombong dan takbur.
Dilakukan dengan ikhlas. Memurnikan niat dalam melaksanakan hajinya hanya kerana Allah Ta’ala semata, tanpa riya dan sum’ah.
7.   Sentiasa bersyukur

8.   Menghindari pertengkaran

Menjauhi segala dosa dan perbuatan maksiat, perbuatan bidaah dan semua hal yang menyalahi syariat. Karena, hal tersebut memberi kesan negatif terhadap semua amal soleh dan menghalangi dari diterimanya amal tersebut,. Hal ini berdasarkan beberapa dalil, di antaranya firman Allah Ta’ala:

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. al-Baqarah: 197
9.   Memperbanyakkan ibadat seperti tawaf, membaca alQuran, iktikaf, doa taubat dan beristighfar

10. Semangat tolong menolong dan kerjasama

#TipsDaurahManasik

Daurah Manasik adalah pengajian persedian lengkap dan panduan untuk Mutawwif dan bakal Mutawwif serta Jemaah Haji dan Umrah. Method pengajian yang diketengahkan oleh Daurah Manasik adalah pengajian bertalaqqimengenai persedian dan paduan sebelum berangkat ke tanah suci.

Selok belok pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
Bagi mendapatkan ilmu persediaan Manasik Haji dan Umrah yang cukup, masanya kini telah tiba! Anda yang berminat untuk menjadi pegawai pengiring jemaah ke Tanah Suci (mutawwif), jangan lepaskan peluang ini.
Daurah Manasik ini boleh di hadiri oleh semua umat Islam yang berhajat untuk memahami serta membimbing diri sendiri dalam kefahaman mengenai ibadah Haji dan Umrah.

Terbuka buat semua Lelaki dan Wanita. Bimbing diri sendiri. Laksanakan Ibadat dengan kefahaman yang jelas. 
Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.

Pengajian yang akan dipelajari merangkumi :
1. Adab permusafiran dan permasalahan
2. Isu serta Fatwa semasa berkaitan Haji & Umrah
3. Kemahiran berbahasa Arab
4. Kelebihan dan sirah Makkah dan Madinah
5. Tugas dan ciri seorang Mutawwif/Mutawwifah
6. Kelangsungan Kerjaya dalam industri Umrah & Haji

Kitab Al Taudhih adalah kitab Utama di Daurah Manasik. Kitab Al Taudih ini sebenarnya hasil karya Imam Al Nawawi Rahimahullah yang bertajuk كتاب الإيضاح في مناسك الحج والعمرة 
(Al Idhah fi Manasik al Hajj wa al Umrah). Kemudiannya diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkfli Mohammmad al Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para Ulama. Kitab Al Taudhih ini amat sesuai para Jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Ianya memberi gambaran jelas telah ilmu manasik Haji dan Umrah. 

Pengajian talqqi ini akan disampaikan oleh tengaja pengajar yang sudah dikenali ramai iaitu al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin yang merupakan mantan Penerbit Rancangan Radio IKIM, adalah kumpulan pertama yang menjadi penggerak IKIMfm.
Beliau bergerak melalui pusat motivasi yang diasaskan sendiri, selain merupakan Pengkursus Haji bertauliah dari TABUNG HAJI juga merupakan Personaliti TV.
al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin giat menyampaikan ceramah dan forum di seluruh negara. Seorang penulis dan kolumnis. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar. 

Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.

Peluang kerjaya dalam industri Haji Umrah amat terbuka luas.
Keistimewaan menyertai Kursus mutawwif ini berpeluang

√ Umrah PERCUMA sebagai Mutawwif/Mutawwifah terlatih

√ Menjana potensi pendapatan sambilan 

√ Taraf pendidikan tidak terhad

√ Pengalaman mengerjakan Umrah Haji adalah kelebihan

√ Berminat dan bersungguh untuk meyeru dan membimbing jemaah

Hubungi
EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D, 
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya

☎ 03-88613361 (Office)

  016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp) 
  016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

Email: daurahmanasik@gmail.com
Facebook/ Instagram/Twitter: DAURAH MANASIK

Memaknai Ibadah

Memaknai Ibadah