Pengajian Bersiri Manasik Haji dan Umrah dengan menekankan method pengajian secara Talaqqi Berkitab untuk memelihara keaslian ilmu manasik Haji dan Umrah

Wednesday, 23 November 2016

Tiang – tiang bersejarah di Masjid Nabawi



Terdapat sekurangnya hampir 232 tiang-tiang di Masjid Nabawi. Di antara ratusan tiang tersebut, ada beberapa tiang yang memiliki sejarah dan kisah. 


Meskipun beberapa kali mengalami perluasan, tukar ganti tiang lama. Dibina di tempat asal tiang-tiang dibina daripada batang pohon tamar di Zaman Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah tempat tiang-tiang ini tetap terjaga. Sehingga kini tiang-tiang tersebut diberi tanda untuk dikenali para peziarah.

Tiang-tiang tersebut terletak di Raudhah Syarifah.




Para Ulama telah memberi tiga pendapat mengenai makna Raudhah (taman Syurga). 
Pertama, tempat ini akan sentiasa dilimpahi rahmat Allah s.w.t sebagaimana taman syurga yang sentiasa penuh dengan rahmat.
Kedua, Ibadat di tempat ini adalah penyebab untuk mendapat taman syurga, yakni satu taman daripada taman syurga akan diberi kepada seseorang yang beribadat di tempat ini.
Ketiga, tempat ini pada hakikatnya adalah satu bahagian daripada syurga yang telah dipindahkan ke dunia. Nanti akan dibawa semula ke syurga sebagaimana keadaan asalnya.


Mengikut hadith dalam kitab sahih Bukhari, para sahabat r.a amat gemar bersolat berdekatan dengan tiang-tiang ini. Ada lapan tiang yang secara khususnya mempunyai sejarah dan dikenali  




Berikut ini adalah nama-nama tiang (usthuwaanah) yang berada di dalam Raudhah Masjid Nabawi



اَلأُسْطُوَانَة المُخَلَّقَةُ tiang Wangi


Inilah tempat yang Rasulullah s.a.w selalu bersolat. Ianya juga dikenali dengan nama أسْطُوَنَة حَنَّاَنة. Tempat berlakunya peristiwa batang tamar sewaktu Rasulullah s.a.w berpindah menyampaikan khutbah di atas mimbar. Para sahabat selalu menyapu minyak wangi di tempat itu sebagai tanda tempat solat Rasulullah s.a.w. oleh sebab itulah wujudnya nama Tiang Wangi.




اَلأُسْطُوَانَة عائشة tiang Saidatina Aisyah

Dikenali juga sebagai الأسطوانة المهاجرين kerana kebiasaannya golongan Muhajirin mengadakan majlis mereka disitu. Pada mulanya di sinilah tempat Rasulullah s.a.w bersolat, kemudian baginda memilih tempat yang diceritakan diatas. Tiang ini adalah yang ketiga dari mimbar, ketiga dari makam Rasulullah s.a.w
Dalam sebuah hadith riwayat Saidatina Aishah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda “Ada satu tempat dalam masjid ini jika manusia tahu hal keadaannya, maka undian terpaksa dibuat kerana masing-masing akan berebut untuknya.” Orang ramai telah bertanya kepada Saidatina Aishah r.a “Tempat yang mana satu?” Pada mula beliau enggan memberitahu, akhirnya beliau memberitahu. Sebab itulah ia dipanggil Ustuwanah ‘Aishah kerana dengan petunjuk dan hadith daripada beliau tempat ini menjadi pilihan.



الأسطوانة التوبة tiang Taubat

Terkenal juga sebagai اسطوانة اأبي لبابة tiang ke empat dari Mimbar, yang kedua dari makam Rasulullah s.a.w dan yang ketiga dari kedudukan kiblat.





الأسطوانة السرير Tiang Katil

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah beriktikaf di sini. Sebahagian Ulama berkata bahawa semasa beriktikaf, pada waktu malam Baginda akan berehat di sini. Sebab itulah nama ini diberikan, makna asal Sarir adalah katil. Sesuatu yang diperbuat daripada pelepah tamar telah diletakkan berdekatan tiang tersebut sebagai tempat rehat Baginda s.a.w.


الأسطوانة المحرس Tiang Pengawal

Terletak di sebelah utara tiang katil, juga dikenali dengan nama tiang Ali bin Abi Talib r.a kerana beliau selalu bersolat dan duduk di bahagiannya yang bersambung dengan rumah Rasulullah s.a.w untuk menjaga Baginda Rasulullah s.a.w.

الأسطوانة الوفود Tiang Utusan

Kebiasaannya para utusan datang untuk berjumpa Rasulullah s.a.w mereka akan duduk disini. Baginda akan datang ke tempat ini untuk bercakap mengenai hukum-hakam.


الأسطوانة تهجد Tiang tahajud

Tiang ini terletak dibelakang rumah saidatina Fatimah r.a di sebelah utarra. Kini, berada di dalam makam. Apabila kita berdiri di depannya, pintu Jibril berada disebelah kiri.


الأسطوانة مربعة القبر Tiang Empat persegi kubur

Juga dikenali sebagai tiang Jibril. Para Ulama menulis bahawa inilah tempat khusus yang didatangi Malaikat Jibril a.s, kini tiang ini tidak dapat dilihat dari luar kerana ia telah dimasukkan ke dalam binaan makam.


Menurut ahli sejarah, tiang –tiang ini dibina di tempat yang asal semasa pembaharuan binannya.

Sebenarnya tiada satu tempat pun di dalam masjid Nabawi yang tidak dipijak oleh tapak kaki Rasulullah s.a.w yang mulia dan juga tidak dijak para sahabat dalam solat mereka. Bukan hanya Masjid Nabawi bahkan tiada bahagian dalam kota Madinah yang tidak dipijak oleh insan-insan mulia seperti mereka. Oleh sebab itu, semua tempat di sana penuh keberkatan. Semoga Allah s.w.t memberi kita taufik untuk mengambil faedah daripada keberkatannya.



-----------------------------------------------------------------------------------------





DaftarUmrah.com adalah satu sistem sokongan pra-umrah yang disediakan kepada bakal Jemaah umrah & ziarah di Malaysia.

Sistem ini merupakan satu inovasi dalam pengurusan umrah di peringkat domestic (inbound) merangkumi 10 manfaat tambahan yang tidak ditawarkan oleh syarikat-syarikat umrah yang lain. 

Hasil kerjasama pintar dengan syarikat insurans, syarikat pengangkutan, rangkaian inapdesa (homestay) dan syarikat catering, 10 manfaat tambahan berikut kami tawarkan termasuk urusan dokumentasi secara PERCUMA dengan harga pakej umrah yang sama. Tiada cas tersembunyi dan bayaran tambahan yang dikenakan.

10 manfaat mendaftar melalui DaftarUmrah.com

1- Konsultansi Percuma✔
2- Penginapan Percuma*✔
3- Pengangkutan Percuma*✔
4- Makan & Minum Percuma*✔
5- Tuntutan Pembatalan Perjalanan✔
6- Tuntutan Kehilangan Bagasi✔
7- Tuntutan Kemalangan Diri✔
8- Tuntutan Kos Perubatan Diri✔
9- Tuntutan Bantuan Kos Pengebumian✔
10- Tuntutan Musibah Kematian✔

Sila hubungi perunding kami di talian berikut untuk maklumat lanjut.

Tempat adalah terhad.

Mobile : (call/sms/whatsapp)

016 213 6114
 016 215 6114
 013 672 1089
013 628 1788

Pejabat: 03-8861 3361

DaftarUmrah.com
Lot D-1-5, Level 1 Blok D,
Ayer@8, Jalan P8G Presint Putrajaya,
Wilayah Persekutuan, Malaysia

email: info@daftarumrah.com
website: http://daftarumrah.com/
facebook page : www.facebook.com/daftarumrahmalaysia





Thursday, 17 November 2016

Hajarul Aswad




Kaabah berdiri dengan megah di tengah Masjidil Haram. Memandangnya hati terlalu gembira sehingga air mata mengalir membasahi pipi.

Ya, selama ini kita menghadapnya kearah Kaabah setiap kali mendirikan solat dari jauh, kini ia kita berdepan mata dengannya.

Antara rukun menunaikan Haji dan Umrah adalah Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali. Tawaf dimulakan di salah satu daripada tiga sudut Hajarul Aswad.


Gambar ehsan google




Hajarul Aswad



Saidina Abdullah bin ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Hajarul aswad telah diturunkan daripada Syurga dalam keadaan lebih putih dari susu, lalu dosa manusia telah menjadikan ianya hitam. ”
Riwayat Tarmizi, Hadith hassan sohih


Keterangan

Kesan dari sentuhan tangan manusia yang penuh dosa telah menghitamkan Hajarul Aswad. Di sini ada pengajaran penting, dengan sentuhan tangan boleh menghitamkan batu putih bersih dari Syurga, apatahlagi keadaannya hati manusia yang sentiasa bergelumang dengan dosa-dosa.

Firman Allah SWT dalam al Quran


كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Bahkan dosa-dosa telah menyebabkan hati mereka berkarat”
Surah al- Mutaffin : 14

Apabila seorang anak Adam melakukan dosa , maka satu titik hitam akan terlekat pada hatinya. Jika dia bertaubat dan beristighfar, maka titik hitam itu akan terhapus. Kalau tidak ianya akan kekal di situ dan apabila satu lagi dosa dilakukan, satu lagi titik hitam akan terlekat. Begitulah seterusnya sehingga seluruh hati itu menjadi hitam.


Kelebihan Hajarul Aswad

1) Berasal daripada batu Syurga yang mulia
2) Istimewa, mendapat kelebihan dan ketinggian yang tiada kepada batu-batu lain.
3)Hajarul Aswad akan menjadi saksi

Daripada Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Allah, Allah akan membangkitkan pada hari kiamat kelak, baginya kedua mata. Dia akanmelihat dengannya. Baginya lidah yang berkata-kata dengannya. Menjadi saksi kepada sesiapa saja yang telah mengusapnya dengan kebenaran"
Sunan at-Tirmizi. no961 

4) Mengucup Hajarul Aswad dan Mengusap Rukun Yamani dapat menghapus dosa.
Ibn Abbas r.a menceritakan, "Rasulullah s.a.w tidak mengusap tangannya melainkan pada Hajarul Aswad dan Rukun Yamani"
Sunan at-Tirmizi

5) Rasulullah s.a.w memuliakan Hajarul Aswad 



----------------------------------------------------------------------------------------------


Pengajian Talaqqi Kitab الإيضاح في المناسك Haj Wa Umrah telah bermula di EMRAZ Training Centre, Ayer@8, Presint 8, Putrajaya sehingga khatam kitab.


Alhamdulillah.
KHAS untuk bakal jemaah haji dan umrah 2017 dan para mutawwif dan mutawwifah yang ingin mendalami ilmu manasik haji dan umrah.


Pendaftaran masih lagi DIBUKA untuk kelas minggu depan.
Jom daftar beramai-ramai.

016 2136114 En. Ridhwan


Sunday, 6 November 2016

Kisah di sebalik Masjid Jin di Makkah



  Tanah Suci yang terkenal dengan Baitullah juga memiliki banyak masjid-masjid, bangunan-bangunan, tapak dan tempat-tempat bersejarah dengan pelbagai kisah yang kerap dikunjungi oleh Jemaah haji dan umrah. Misalannya, Masjid Jin atau juga di kenali dengan Masjid al Baiah.

Ianya terletak di tepi al-Hujun iaitu di sebelah kiri jalan menuju ke perkuburan Ma’la. Lokasinya di kawasan Ghazza atau 1 kilometer dari Masjidil Haram.




Masjid ini dibina di tempat Rasullah SAW melukis sebuah lingkaran di sekeliling Abdullah bin Masud r.a.  Rasulullah SAW telah diperintahkan untuk memperdengarkan al-Quran kepada kaum Jin. Baginda membawa bersamanya Abdullah bin Mas’ud.


Sekumpulan Jin telah datang untuk berbaiah dengan Rasulullah SAW. Mereka telah bertemu dengan Rasulullah SAWdi al-Nakhlah ketika dalam perjalanan pulang .

           
Peristiwa besar ini diungkapkan dalam al Quran surah Al-Ahqaf ayat 29-32:




“Dan (ingatlah) ketika Kami menghalakan serombongan jin kepadamu (wahai Muhammad) yang mendengar Al quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan lalu mereka (setengahnya kepada yang lain) berkata, “Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)!”

Sehingga akhir terjemahan ayat 29-32.



Selain daripada mendengar bacaan al-Quran, Jin-jin ini juga telah meminta Rasulullah SAW agar diberikan makanan (bekalan), maka Rasulullah SAW telah memberikan kepada mereka tulang.


Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda:
لَا تَسْتَنْجُوا بِالرَّوْثِ، وَلَا بِالْعِظَامِ، فَإِنَّهُ زَادُ إِخْوَانِكُمْ مِنَ الْجِنِّ
Janganlah kalian beristinjak (bersuci setelah buang air) dengan kotoran dan tulang. Kerana itu adalah makanan bagi saudara kalian dari kalangan jin.”
(HR. Tarmizi 18,)



Walaupun sejarah ini tidak termasuk rukun haji, namun para Jemaah haji dan umrah kebiasaannya mengambil ruang dan kesempatan pergi ke Masjid Jin ini untuk menyelusuri sejarah lebih lengkap mengenai masjid Jin serta mengerjakan ibadah di sana.




-----------------------------------------------------------------------------------------





Daurah Manasik adalah pengajian persedian lengkap dan panduan untuk Mutawwif dan bakal Mutawwif serta Jemaah Haji dan Umrah. Method pengajian yang diketengahkan oleh Daurah Manasik adalah pengajian bertalaqqi mengenai persedian dan paduan sebelum berangkat ke tanah suci.


Selok belok pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
Bagi mendapatkan ilmu persediaan Manasik Haji dan Umrah yang cukup, masanya kini telah tiba! Anda yang berminat untuk menjadi pegawai pengiring jemaah ke Tanah Suci (mutawwif), jangan lepaskan peluang ini.
Daurah Manasik ini boleh di hadiri oleh semua umat Islam yang berhajat untuk memahami serta membimbing diri sendiri dalam kefahaman mengenai ibadah Haji dan Umrah.

Terbuka buat semua Lelaki dan Wanita. Bimbing diri sendiri. Laksanakan Ibadat dengan kefahaman yang jelas. 
Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.



Pengajian yang akan dipelajari merangkumi :
1. Adab permusafiran dan permasalahan
2. Isu serta Fatwa semasa berkaitan Haji & Umrah
3. Kemahiran berbahasa Arab
4. Kelebihan dan sirah Makkah dan Madinah
5. Tugas dan ciri seorang Mutawwif/Mutawwifah
6. Kelangsungan Kerjaya dalam industri Umrah & Haji

Kitab Al Taudhih adalah kitab Utama di Daurah Manasik. Kitab Al Taudih ini sebenarnya hasil karya Imam Al Nawawi Rahimahullah yang bertajuk كتاب الإيضاح في مناسك الحج والعمرة 
(Al Idhah fi Manasik al Hajj wa al Umrah). Kemudiannya diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkfli Mohammmad al Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para Ulama. Kitab Al Taudhih ini amat sesuai para Jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Ianya memberi gambaran jelas telah ilmu manasik Haji dan Umrah. 

Pengajian talqqi ini akan disampaikan oleh tengaja pengajar yang sudah dikenali ramai iaitu al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin yang merupakan mantan Penerbit Rancangan Radio IKIM, adalah kumpulan pertama yang menjadi penggerak IKIMfm.
Beliau bergerak melalui pusat motivasi yang diasaskan sendiri, selain merupakan Pengkursus Haji bertauliah dari TABUNG HAJI juga merupakan Personaliti TV.
al Fadhil Ustaz Zamri Zainal Abidin giat menyampaikan ceramah dan forum di seluruh negara. Seorang penulis dan kolumnis. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar. 

Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.

Peluang kerjaya dalam industri Haji Umrah amat terbuka luas.
Keistimewaan menyertai Kursus mutawwif ini berpeluang

√ Umrah PERCUMA sebagai Mutawwif/Mutawwifah terlatih

√ Menjana potensi pendapatan sambilan 

√ Taraf pendidikan tidak terhad

√ Pengalaman mengerjakan Umrah Haji adalah kelebihan

√ Berminat dan bersungguh untuk meyeru dan membimbing jemaah


Hubungi
EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D, 
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya

 03-88613361 (Office)

  016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp) 
  016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)

Email: daurahmanasik@gmail.com
Facebook/ Instagram/Twitter: DAURAH MANASIK



Wednesday, 2 November 2016

Tempat Mustajab Doa (bergambar)

Firman Allah SWT :



جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ وَالْهَدْيَ وَالْقَلَائِدَ ۚ ذَٰلِكَ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

SURAH AL-MAAIDAH : 97


Kebiasaannya sebelum kita berangkat melakukan perjalanan Umrah atau Haji, ramai dikalangan saudara mara, sahabat handai yang ingin menitipkan doa di Makkah. Kebanyakkan di antara Jemaah yang masih kebingungan, di manakah tempat yang mustajab untuk berdoa. Pembimbing Jemaah Umrah dan Haji sering juga ditanya berkali-kali mengenai hal itu.



Jadi, apabila anda ingin menunaikan Umrah atau Haji anda boleh berdoa di tempat-tempat Mustajab di Makkah atau mungkin sanak saudara yang sedang mengerjakan Haji mahupun Umrah, boleh titipkan doa di tempat-tempat mustajab di bawah ini.



Di bawah Pancur Emas Kaabah





Daripada Hassan Al Basri rahmatullah a’laihi taala berkata:
“Tempat-tempat mustajab doa pada tanah haram Makkah Al Mukarramah iaitu 15 tempat. Maka disunatkan berdoa dengan bersungguh-sungguh padanya” 



Tempat Wukuf
Sepanjang masa wukuf
Multazam
Bila-bila masa / Tengah malam
Bawah Pancur Emas
1/3 akhir malam
Maqam Nabi Ibrahim
1/3 akhir malam
Kaabah/ Hijr Nabi Ismail
Waktu Asar
Di atas Bukit Safa
Waktu Asar
Di atas Bukit Marwah
Waktu Asar
Tempat Saie
Waktu Asar
Di sisi Zam-zam
Waktu terbenam Matahari
Arafah / Wukuf (afdhal)
Waktu terbenam Matahari
Muzdalifah
Waktu Naik Matahari
Di Jamrah Sugra
Waktu Naik Matahari
Di Jamrah Wusta
Waktu Naik Matahari
Di Jamrah Kubra
Waktu Naik Matahari
Mina
Waktu tengah malam hari-hari Tasyreeq


Multazam 



Bukit Safa


Bukit Marwah



Di tempat Saie


Di Kaabah/ kawasan Hijr Ismail





Maqam Ibrahim

Dalam kitab Qadhaya fi al Hajj wa Umrah, karangan Dr. Abla Muhammad Al Kahlawi mengatakan, bahawa " Di antara fadhilat Maqam Ibrahim adalah dimaqbulkan setiap doa yang dipanjatkan di tempat tersebut. 




Demikian beberapa tempat yang paling mustajab di kawasan Tanah Haram. Perlu kita fahami bahawa semua doa pasti didengari Allah SWT walau di mana kita berada.  Namun kita mengambil contoh dari Rasulullah SAW, para sahabat dan Tabiin yang pernah beribadah ditempat-tempat yang telah disenaraikan di atas. Firman Allah taala

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

 "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Surah Ghafir: 60

Mengenai termakbulnya doa itu tetap menjadi milik Allah SWT sepenuhnya. Hanya Allah SWT yang mengetahui hal-hal yang terbaik buat hamba-hambaNya. Kita hanya berikhtiar semaksima dalam berdoa dan memohon kepada-Nya.




Memaknai Ibadah

Memaknai Ibadah