Dapat menunaikan ibadah Haji di Makkah tentunya menjadi dambaan bagi setiap orang yang berpegang kepada ajaran Islam. Ianya adalah
kemuncak pengabdian bagi umat Islam.
Namun terdapat segelintir mengamalkan
perbuatan khurafat dan syirik di sana.
Hendaklah kita memahami hakikat bahawa perbuatan
dan amalan seperti ini mengundang dosa besar dan kemurkaan ALLAH SWT.
Firman Allah taala:
( وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ )
ertinya: " Dan sesiapa yang berniat (belum melakukannya) untuk ilhad (kezaliman, kerosakkan dan kejahatan) di Tanah Haram, nescaya Kami rasakan kepadaNya sebahagian daripada seksaan yang pedih"
Surah al-Hajj:25
Allah akan menimpakan azab ke atas mereka yang berniat untuk melakukan kejahatan di Tanah haram.
Kata Ibnu Mas'ud r.a : tiada tempat yang seseorang itu dikira bersalah dengan hanya niat untuk melakukan sesuatu kejahatan sebelum melakukannya, kecuali di Makkah.
Antaranya perkara Syirik dan khurafat
PERKARA
|
CARA
DAN TUJUAN
|
Mengambil
kain kelambu Kaabah
|
Untuk
pelaris jualan
|
Kain
putih sebagai alas
|
Dijadikan
kain kapan unuk meringankan seksa kubur
|
Kerak
nasi di Mina
|
Kerak
nasi tersebut dikeringkan, kemudian dibawa balik ke tanah air untuk pelaris
perniagaan
|
Peluk
tiang Jin di Masjid Haram
|
Melanjutkan
umur dan meminta kaya
|
Bergantung
di kelambu kaabah
|
Memohon
hajat di kaabah bukannya dari Allah
|
Letak
duit di bawah kelambu kaabah
|
Selepas
tawaf diambil semula untuk dijadikan ibu duit sebagai pelaris
|
Ketika
berangkat ke Tanah suci ditulis kertas kalimah shahadat. Ditinggalakn
LAILAHAILLAH kepada keluarga dan MUHAMMADARASULULLAH dibawa ke tanah suci
|
Supaya
Jemaah haji tidak meninggal di tanah suci
|
Memakai
tangkal dan azimat
|
Untuk
menjauhi bala dan mengharapkan selamat
|
Memanggil
bomoh untuk menolak bala di rumah
|
Percaya
bomoh untuk memulakan perjalanan, membawa air 7 telaga untuk dibawa tawaf
supaya menjadi ubat
|
Sijil
|
Mendapatkan
sijil daripada syeikh di Makkah yang mengesahkan Hajinya dan menukar nama
|
Tanam
7 biji batu di bumi Arafah
|
Tutup
7 pintu neraka bersaksi dengan batu di hari kiamat
|
Mengerat
tali di padang Arafah secara mencuri
|
Mengelakkan
anak kecil daripada menangis, melariskan jualan dan perbanyakkan tangkapan
ikan
|
Mengambil
pasir Padang Arafah
|
Untuk
dipijakkan tapak kaki bagi kanak-kanak yang mula mahu berjalan, dapat jejak
ke Arafah, menjadi orang terkenal, menghindarkan daripada penyakit dan gagah
berani.
|
Membawa
kismis semasa tawaf/ menjemur nasi di Arafah
|
Apabila
pulang, rendam nasi kering dengan air zam-zam dan dimakan nasi yang direndam
dengan air zam-zam sekali diberi kepada sesiapa sahaja sebagai penerang hati.
|
CARA-CARA MENGHINDARINYA
Bakal Jemaah haji dan Umrah hendaklah mengikuti dan mempelajari
hukum-hukum agama sebelum menunaikan haji. Jangan mudah terikut-ikut dengan amalan jemaah
haji lain yang tidak diketahui puncanya.
Ditekankan bahawa Tanah Suci Mekah bukanlah
tempat berehat atau tempat melepaskan kemarahan atau komplen
sewenang-wenangnya. Perlu ditekankan bahawa di dalam pekerjaan haji mesti akan
ditemui berbagai-bagai dugaan Allah yang perlu diterima dengan sabar.
Sebarang amalan yang dipetuakan kepadanya oleh orang yang diragui
keilmuannya hendaklah dipastikan terlebih dahulu dari orang lain yang lebih
berwibawa. Bertawakal lah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.
Tunaikanlah haji semata-mata kerana Allah.
Seharusnya sebagai seorang mukmin, kita tidak meletakkan
sesuatu yang selain daripada Allah S.W.T sebagai tempat bergantung sebaliknya
hendaklah memperbanyakkan usaha dan berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar
memperkenankan segala apa yang dihajati atau mengelak dari segala kecelakaan
yang mendatang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Daurah Manasik adalah pengajian persedian lengkap dan panduan untuk Jemaah Haji dan Umrah. Method pengajian yang diketengahkan oleh Daurah Manasik adalah pengajian bertalaqqi mengenai persedian dan paduan sebelum berangkat ke tanah suci.
Selok belok pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
Bagi mendapatkan ilmu persediaan Manasik Haji dan Umrah yang cukup, masanya kini telah tiba!
Daurah Manasik ini boleh di hadiri oleh semua umat Islam yang berhajat untuk memahami serta membimbing diri sendiri dalam kefahaman mengenai ibadah Haji dan Umrah.
Terbuka buat semua Lelaki dan Wanita. Bimbing diri sendiri. Laksanakan Ibadat dengan kefahaman yang jelas.
Daurah Manasik khas Mutawwif, bakal Mutawwif dan bakal Jemaah Haji Umrah 2017 Akan Di adakan di Ayer@8 Putrajaya.
Setiap hari Sabtu. 2:30 -4:30 petang. Bermula 5 November sehingga khatam Kitab.
Pengajian yang akan dipelajari merangkumi :
1. Adab permusafiran dan permasalahan
2. Isu serta Fatwa semasa berkaitan Haji & Umrah
3. Kemahiran berbahasa Arab
4. Kelebihan dan sirah Makkah dan Madinah
5. Tugas dan ciri seorang Mutawwif/Mutawwifah
6. Kelangsungan Kerjaya dalam industri Umrah & Haji
Kitab Al Taudhih adalah kitab Utama di Daurah Manasik. Kitab Al Taudih ini sebenarnya hasil karya Imam Al Nawawi Rahimahullah yang bertajuk كتاب الإيضاح في مناسك الحج والعمرة
(Al Idhah fi Manasik al Hajj wa al Umrah). Kemudiannya diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkfli Mohammmad al Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para Ulama. Kitab Al Taudhih ini amat sesuai para Jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Ianya memberi gambaran jelas mengenai ilmu manasik Haji dan Umrah.
PENDAFTARAN KINI DIBUKA!
Hubungi
EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D,
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
☎ 03-88613361 (Office)
016-2136114 (Call/SMS/WhatsApp)
016-2156114 (Call/SMS/WhatsApp)
Email: daurahmanasik@gmail.com
Facebook/ Instagram/Twitter: DAURAH MANASIK
Klik Link SINI untuk penyertaan.